Khamis, 26 April 2018

Cara 2018 Buat Akaun Facebook Dari A Sampai Ke Z

Cara 2018 Buat Akaun Facebook Dari A Sampai Ke Z

Facebook adalah merupakan salah satu platform social media nombor 1 di dunia. Sekarang ini ia seperti rutin harian untuk kita melihat isu semasa tentang sahabat karib di facebook kita, malahan ia juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk kita berbisnes dengan perniagaan kita.


Sejak hari kehari, Facebook semakin maju dan banyak perubahan yang telah dibuat seperti penambahan tetapan, perubahan reka letak dan sebagainya. Hal ini sangat menyukarkan pengguna terutamanya kepada yang baru sahaja masuk dalam dunia facebook.

Disini anda tidak perlulah risau kerana admin akan kongsikan tutorial tentang cara 2018 ini buat akaun facebook dari A sampai ke Z, semoga tutorial ini dapat membantu anda. Selamat mencuba:

Pertama, masuk ke laman sesawang https://web.facebook.com/.

Masukkan Nama anda > Nombor telefon / email > Password > Tarikh lahir > Jantina > klik Sign up.

Selepas itu, anda akan dibawa untuk pengesahan email. Sila klik Connect to Gmail kalau boleh la.
Jika anda mengelami perkara yang sama seperti dalam gambar rajah dibawah. Gunakan cara ini untuk membuat pengesahan email anda.

Pada halaman pengesahan email. Klik icon pada profile facebook anda. Lihat seperti dalam gambar rajah dibawah ini:


Disini, anda akan melihat paparan akaun facebook yang tidak lengkap. Apa yang perlu anda buat adalah klik Re-send email > Klik OK.
  

Baca dan semak semula maklumat-maklumat yang penting seperti email kerana alamat email yang akan anda buat pengesahan ini adalah tidak akan boleh diubah semula, ia hanya sekali sahaja untuk pendaftaran facebook akaun.
Selepas itu, semak gmail anda, jika mempunyi masej confirmation daripada facebook. Buka dan klik Confirm Your Account.

Akaun facebook anda telahpun selesai apabila menerima pemberitahuan seperti ini, Jika tidak maka anda perlu semak semua ataupun mengubah alamat email anda yang baru.


Sekian sahaja tutorial tentang cara 2018 buat akaun facebook dari A sampai ke Z yang boleh saya sampaikan disini, semoga langkah-langkah untuk cara membuat pendaftaran keatas akaun Facebook baru ini dapat membantu anda diluar sana. Jika mempunyi sebarang masalah, persoalan ataupun sebagainya, boleh ajukan pesanan anda di ruangan komen dibawah sini.

Terima kasih.😊