Sabtu, 21 April 2018

Tutorial Cara Daftar Buat Permohonan Akaun SPA8 Online

Tutorial Cara Daftar Buat Permohonan Akaun SPA8 Online

Tutorial spa8 panduan langkah Bagaimana Cara isi Daftar Buat akaun Permohonan buka borang SPA8i online panduan lengkap jawatan suruhanjaya perkhidmatan awam sektor kerajaan.

SPA8 ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ) adalah tempat untuk membuat permohonan untuk bekerja di sektor kerajaan. Ia boleh diisi oleh sesiapa sahaja yang mempunyi kelayakan PMR, SPM, STPM, DIPLOMA dan IHAZAH.
Oleh itu, saya akan kongsikan kepada anda tentang cara membuat permohonan SPA8 ini sebelum anda membuat pendaftar dengan betul.

Cara Daftar SPA8:

Terlebih dahulu, layari laman web rasmi borang permohonan Spa8i secara online disini:
https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp?

Klik → daftar myid baru untuk membuat akaun.

Selepas itu, isikan kata laluan → soalan keselamatan.
Soalan keselamatan ini sangat penting. Anda mesti pilih salah satu soalan yang anda boleh ingat untuk masa akan datang nanti. Contoh soalan ialah dimana tempat anda lahir?
Jawapan yang akan anda isikan ini akan digunakan untuk mendapatkan kata laluan apabila anda lupa nanti.
Seterusnya, isikan → maklumat pemohon → maklumat akademik → maklumat ko-kurikulum jawatan dipohon dan pengasahan pemohonan.

Sebelum submit, sila semak semula untuk pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul sebab apabila diluluskan. Segala maklumat perihal anda tidak boleh diubah lagi. Untuk pengetahuan anda. Prinsip permohonan SPA adalah 1 myid 1 akaun. Jika anda membuat akaun yang baru menggunakkan myid yang sama, SPA tidak akan menerima!

Rasanya setakat disini sahaja yang boleh saya kongsikan tentang panduan mengisi borang spa8 online ini. Semoga dapat membantu anda diluar sana. Jangan lupa subscribe vie email 4 #support 😉
>
Sekian dan selamat maju jaya.