Sabtu, 21 April 2018

Cara Daftar IPS Pertanian Timbang Menggaris Kota Belud

Cara Daftar IPS Pertanian Timbang Menggaris Kota Belud

Tutorial bagaimana Cara langkah-langkah daftar buat isi borang permohonan online kemasukan IPS dan syarat kemasukan ips Program Sijil Pertanian Malaysia di Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud Daftar tutorial.


Program Sijil Pertanian Malaysia di Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud adalah merupakan salah satu pengajian tentang pertanian, secara keseluruhannya adalah tentang aspek pertanian lah. Pendaftaran ini boleh dibuat secara online. Ia mula dibuka bermula pada 15 Januari hingga 16 Februari. Semakan pemohonan ini boleh dibuat mulai 10 Mac. Jika diterima alhamdulillah la. Untuk maklumat dengan lebih lanjut, boleh layari di halaman ini:

http://latihan.tani.sabah.gov.my

Pada kesempatan ini, saya hanya ingin kongsikan kepada anda tentang bagaimana cara untuk buat pendaftaran dengan Program Sijil Pertanian Malaysia di Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud sebelum anda membuat pendaftaran dengan betul.

Pertama, sila layari laman web rasmi untuk pendaftaran ke Program Sijil Pertanian di sini:

Layari laman Sesawang

Caranya ialah, isikan → nama penuh → No.MyKad → Status Perkhawinan → Daerah → email ( Sebagai tempat untuk mereka kirimkan pemberitahuan apabila surat tidak sampai ke alamat anda nanti).


Seterusnya, masukkan kata laluan serta soalan keselamatan yang anda pilih. Soalan keselamatan ini sangat penting. Anda mesti pilih salah satu soalan yang anda boleh ingat untuk masa akan datang nanti. Contoh soalan ialah dimana tempat anda lahir?

Jawapan yang akan anda isikan ini akan digunakan untuk mendapatkan kata laluan apabila anda lupa nanti.

Selepas semuanya sudah lengkap, sila semak semula maklumat peribadi anda sebelum klik pengakuan sebagai pengesahan untuk membuat penghantaran permohonan anda.


Rasanya setakat disini sahaja yang boleh saya kongsikan tentang tajuk artikel ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda disana. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini.