Selasa, 1 Mei 2018

Cara Memohon Kemasukan AVTC Vokasional Pertanian Lahad Datu

Cara Memohon Kemasukan AVTC Vokasional Pertanian Lahad Datu


Avtc dari istilahnya Agricultural Vocational Training Center adalah merupakan Program Sijil Vokasional Pertanian untuk kos pengurusan ladang sawit yang terletak di Kg. Sagama Lahad Datu. Program ini sangat sesuai bagi adik-adik yang minat dalam pengurusan ladang sawit ( estate ) ini. Dengan adanya sijil ini, Admin dengar ia sangat membantu untuk menaikkan kedudukan adik dalam peringkat tertinggi.

Perihal tentang syarat kemasukan Program Sijil Vokasional Pertanian Lahad datu ini ialah admin tidak sertakan disini. adik boleh semak dalam laman sesawang, klik butang ini untuk melihat dengan lebih lanjut.

Ramai lepasan AVTC telah pun berjaya mencapai dalam kedudukan tertinggi iaitu S. Manager, Ass. Manager bahkan menjadi Manager. Untuk pengetahuan adik juga, saudara admin juga adalah bekas lepasan dari AVTC dan kini ia berada dalam kedudukan staff penyeliah ladang (Field Conductor). Oleh itu, Admin tahu selok belok untuk cara membuat permohonan untuk pengajian pengurusan ladang ini. Jadi admin akan kongsikan kepada adik-adik disini tentang cara buat permohonan untuk memasuki program sijil vokasional pertanian lahad datu ini. Baca dan ikuti panduan ini dengan telitih sebelum adik membuat permohonan dengan maklumat yang betul. Selamat mencuba😊.

Pertama, sila layari laman web rasmi untuk pendaftaran ke Program Sijil Pertanian disini:

http://latihan.tani.sabah.gov.my/pendaftaran_pengguna.php

Disini, isikan → nama penuh → No.MyKad → Status Perkhawinan → Daerah → email ( Sebagai tempat untuk mereka kirimkan pemberitahuan apabila surat tidak sampai ke alamat adik ).

Seterusnya, masukkan kata laluan serta soalan keselamatan yang adik pilih. Soalan keselamatan ini sangat penting. adik mesti pilih salah satu soalan yang adik boleh ingat untuk masa akan datang nanti. Contoh soalan ialah dimana tempat adik lahir?
Jawapan yang akan adik isikan ini akan digunakan untuk mendapatkan kata laluan apabila adik lupa nanti.

Selepas semuanya sudah lengkap, sila semak semula maklumat pribadi adik sebelum klik pengakuan sebagai pengasahan untuk membuat penghantaran permohonan adik.


Selepas itu, tunggu sahaja maklum balas dalam beberapa hari. Jikalaw adik diterima, adik akan menerima email la melalui email yang adik daftarkan tadi, atau dihantar melalui alamat surat menyurat. Kebiasanya adalah melalui alamt surat menyurat la, tetapi jika adik ingin kepastian nanti, boleh semak dekat akaun tani yang adik daftarkan itu tadi.

Masuk ini → http://latihan.tani.sabah.gov.my/daftar_masuk.php → Masukkan No. Ic dan passwordLog Masuk.







Setakat disini sahaja yang boleh admin kongsikan kepada adik-adik diluar sana. Semoga tutorial ini dapat membantu adik untuk membuat permohonan memasuki Program Sijil Vokasional Pertanian Lahad Datu. Jika adik mempunyi sebarang persoalan, pertanyaan ataupun sebaliknya. Boleh ajukan pesanan adik di ruangan komen yang disediakan. Sekian dan terima kasih.