Sabtu, 28 April 2018

Tutorial Cara Daftar 123 Form Builder

Tutorial Cara Daftar 123 Form Builder


Apa itu 123 form builder?
Sebagai pengenalan ringkas, laman web 123 form builder adalah merupakan plugin terkini 2018 yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada bloging untuk memasang keperluan laman web mereka seperti pautan perhubungan, gambar gallery, menu drop down, widget payment dan sebagainya.

Ia tidak seperti plugin yang lain iaitu memasang terlebih dahulu Java script di tema template laman web kita. Ini direct to the point, anda hanya perlu memasang url sahaja di artikal anda ataupun di reka letak template laman web anda dan saiz kedudukan adalah 123 Form Builder sendiri yang tetukan.
Oleh itu, admin akan kongsikan kepada anda tentang bagaimana cara untuk buat akaun 123 Form Builder ini sebagai rujukan anda. Selamat mencuba.

Pertama, pergi ke laman sesawang 123 fromBuilder.
Dalam halaman tersebut, terdapat pelbagai plan pilihan. Anda akan lihat apa kekurangan dan kelebihan setiap plan yang disediakan. Untuk yang percuma. Klik sign up plan basic free always.

Selepas itu, disini akan ada dua pilihan untuk anda mendaftar akaun baru untuk 123 from builder. Pertama secara manual dan seterusnya adalah direct to the point melalui akaun facebook, google, yahoo dan microsoft bing.

Seterusnya, selesai untuk cara daftar akaun 123 from builder 😅😅. Anda hanya perlu pilih sahaja lagi apa template yang anda ingin pasangkan. Untuk plan percuma, terdapat sedikit sahaja jenis template yang disediakan berbanding dengan plan berbayar ini.

Untuk plan berbayar, anda akan lihat banyak jenis template yang disediakan sesuai dengan jenis plan yang ditawarkan.

Rasanya, setakat disini sahaja yang boleh admin kongsikan kepada anda tentang bagaimana cara membuat akaun untuk 123 from builder ini. Jika anda mempunyi sebarang pesanan, boleh ajukan di ruangan komen dibawah ini.

Terima kasih😁