Jumaat, 18 Mei 2018

Macam Mana Cara Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar Malaysia

Macam Mana Cara Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar Malaysia

Macam mana cara kita semak keputusan peperiksaan pelajar secara online? Bagaimana cara periksa keputusan akademik dan kokurikulum pelajar sekolah menengah atau sekolah rendah secara online.


Nhaa. Apabila anda berada di sini sekarang, Di sinilah tempat yang sesuai untuk anda mencari panduan tentang pendaftaran, semakan dan info menarik mengenai bisnes online.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar:

Hari ini, admin akan bagi panduan la kepada anda tentang bagaimana cara kita semak keputusan peperiksaan pelajar secara online seringkas-ringkas yang boleh tetapi padat di daftar turiol sini.

1.  Pertama, pergi ke laman sesawang SAPS ini sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

2.  Selepas itu, masukkan nombor kad pengenalan siapa yang ingin kita semak tanpa ruang atau (-) dan klik butang cari.


3.  Seterusnya, Pilih negeri, kemudian klik butang “Cari Di Sini”. Selepas itu, senarai nama sekolah akan dipaparkan disitu dan anda hanya perlu pilih nama sekolah yang berkenaan → Klik butang semak.


4.  Selepas itu, anda akan dibawah di halaman seperti dalam gambar rajah dibawah la. Apa yang anda perlu buat adalah pilih tahun berapa peperiksaan → pilih apa jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada ujian Peperiksaan:
  • Pertengahan Tahun
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan UPSR
  • PMR
  • PT3
  • SPM
  • Sebagainya.

5.  Akhir sekali, klik butang "papar slip keputusan" untuk melihat hasil maklumat yang telah diterbitkan la.

Begitu sahaja cara untuk semak keputusan peperiksaan pelajar secara online di SAPS Ibu Bapa. Semoga perkhidmatan semakan online SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu anda dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, bantuan, penghargaan ataupun sebagainya. Boleh ajukan pesanan anda di ruangan komen dibawah sini.