Khamis, 10 Mei 2018

Bagaimana Cara Daftar Akaun RHB Ke Online Banking

Bagaimana Cara Daftar Akaun RHB Ke Online Banking

Akaun RHB bermaksud Rashid Hussein Bank yang berasal dari perkhidmatan di Malaysia. Ia sama sahaja dengan jenis bank yang lain tetapi mungkin mempunyai kelebihan dan kekuranganya tersendiri. Untuk pengenalan dengan lebih lanjut, anda boleh semak di laman sesawang yang berkaitan. Namun, apa yang admin ingin kongsikan di sini ialah mengenai Bagaimana Cara Daftar Akaun RHB Ke Online Banking secara online.


Seperti yang sedia maklum, Bank RHB juga menyediakan perkhidmatan atas talian, jadi tidak usahla kita membuang tenaga untuk berurusan di mesin ATM nanti. Oleh itu, Lihat di sini mengenai panduan tentang cara membuat akaun RHB ini ke Online banking disini!! sebelum anda membuat pendaftaran dengan menggunakan maklumat yang betul.

Bagaimana Cara Daftar Akaun RHB Ke Online Banking? Secara dasar nya, anda haruslah seorang pengguna RHB yang berdaftar la.

Langkah pertama, pergi ke mesin ATM bank RHB Masukkan card → buka dengan pin anda.


Seterusnya, admin syor kan anda supaya minta pertolongan daripada pengawal yang bertugas di situ. Minta pertolongan tentang cara daftar no telefon ke ATM. Ini adalah penting ya sebagai recover RHB Online Banking anda nanti apabila mempunyi sebarang masalah log masuk akaun ataupun selain daripadanya. Selepas langkah itu, seterusnya adalah mendaftar ke RHB internet banking secara online. Pergi ke laman web ini untuk membuat pendaftaran ke RHB Online Banking.
Laman web rasmi RHB akan dibuka dari pukul 5.00 am - 11.00 pm atau tidak menentu. Jadi anda jangan hairan kalau "Error 522 conection time out"

Dalam langkah ini, pertama klik I Want To Register pada sebelah kanan depan anda.


Selepas itu, anda akan diberi 2 pilihan sama ada daftar menggunakan Debit card ataupun Credit Card. RHB Staff Id ini pula adalah untuk staf yang berkerja selaku bank RHB lah. Abaikan sahaja kalau anda bukan staf bank RHB.


Untuk Debit Card, masukkan 16 digit nombor card Atm anda tanpa jarak atau (-) → Masukkan Pin card Atm anda.


Selepas itu, masukkan username anda → kata laluan → klik i agree.

Untuk Credit Card pula, masukkan nombor kad credit anda → CvvTarikh luput card credit anda → identification number → Klik next.


Selepas itu, masukkan username anda → kata laluan → klik i agree.

Jika anda mempunyai masalah dengan pendaftaran ini, anda boleh menghubungi terus kepada yang lebih bertanggung jawab tentang bank RHB ini.
  • 03-9206 8118
  • ibanksupport@rhbbank.com.my

Rasanya, setakat di sini sahaja yang boleh admin kongsikan kepada anda tentang Cara Daftar Akaun RHB Ke Online Banking ini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan ataupun sebagainya. Boleh komen dibawah sini kerana admin pun adalah pengguna bank RHB juga.

  1. Dah banyak kali daftar no hp dekat ATM..tapi bila nak daftar online tetap tak boleh..betul betul menyusahkan..bank lain tak la susah sangat

    BalasPadam
  2. boleh buat kat online trus tak??jdi tak perlu gei bank

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. tak boleh, perlu berurusan dengan ATM dulu.

    BalasPadam
  5. Saya Recommend, buat akaun CIMB / Mybank2u (y) (y)

    BalasPadam