Rabu, 9 Mei 2018

Cara Mendaftar Di Cari.com Malaysia Di Smartphone

Cara Mendaftar Di Cari.com Malaysia Di Smartphone

Cari.com adalah merupakan tempat berkongsi kan viral / gosip / info semasa di malaysia. Lebih 100K  pengguna berdaftar di Cari.com ini sehingga orang yang membuat info semasa tersebut mendapat lebih dari 1K view dalam masa 15minit. Jadi admin cadangkan ini sangat sesuai bagi anda yang sedang mencari traffic untuk blog atau youtube anda.


Namun, sedikit perkongsian. Admin dulu pun pernah daftar Cari.com ini, admin cuba promot youtube sahabat dari cari.com ini dan hasilnya memang mengejutkan. Tidak sangka hanya 15 minit sahaja sudah mendapatkan 1k view tetapi pada masa yang sama juga. Akaun admin Cari.com ini di BAN kerana menerbitkan perkongsian dalam kategori yang salah.

Kepada anda yang sedang tercari-cari. Inilah peluang anda untuk mendapatkan view atau melihat gosip HOT terkini. Begini cara daftar akaun Cari.com.

Cara Membuat Akaun Cari.com:

Terlebih dahulu, muat turun aplikasi Cari.com di google playstore.

Pertama, masuk aplikasi Cari.com. Pilih bahasa yang akan digunakan  klik Forum buka bahagian menu pengaturan pada sebelah kiri. Lihat seperti dalam gambar rajah dibawah:


Dalam bahagian menu  pengaturan, pilih register → scroll bawah  Isikan maklumat yang tertera. Admin cadangkan daftar melalui manual register, jangan register menggunakan akaun google + ataupun facebook kerana ia tidak berfungsi.


Sesudah itu, klik butang i agree. Create account now  semak email yang anda telah gunakan tadi semasa pengisian maklumat bagi mengenal pasti bahawa email akaun anda berjaya didaftarkan ataupun tidak.


Jika anda mendapatkan email seperti dalam gambar rajah diatas, maka akaun tersebut telahpun berjaya didaftarkan. 

Untuk cara log masuk Cari.com ini. Pertama, buka Cari.com anda → klik Forum → Buka bahagian menu pengaturan sebelah kiri → Pilih more after login~ Masukkan username Masukkan kata laluan → klik login.



Begitulah cara untuk daftar Cari.com malaysia ini. Semoga artikal ini dapat membantu anda sebagai panduan dan rujukan kita pada masa hadapan.