Selasa, 29 Mei 2018

Cara Daftar Diri Ke Kursus PICTS / CRCSB

Cara Daftar Diri Ke Kursus PICTS / CRCSB

Bagaimana cara daftar masuk permohonan mengikuti kursus motion graphics, special effect, photo video graphy ke Pusat ICT Sabah ( PICTS ), Creative Reality Center ( CRCSB ) di Wisma Kosan Likas Kota Kinabalu Sabah.


Hai, nama saya A.Salman peserta kursus Picts / Crcsb badge 2016-2017 dan hari ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang bagaimana cara masuk @ memohon kemasukan ke picts / crcsb ini seperti mana admin daftar dulu. Hehehehe

Apa itu Picts / Crcsb?

Picts bermaksud Pusat ICT Sabah dan kini telahpun dinaik taraf ke Crcsb ( Creative Reality Center Sdn Bhd ). Tujuan picts / crcsb ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan orang tempatan mahir dalam industri kreatif dalam bidang teknologi terkini seperti perfileman, designer, photo video graphy dan banyak lagi kursus yang telah ditawarkan.

Bagaimana Cara Daftar Masuk Ke Picts / Crcsb?

Syarat yang paling utama adalah berminat dalam bidang industry kreatif la sesuai dengan bidang yang anda minati.

Terdapat beberapa kriteria yang wajib anda ketahui sebelum mendaftar:
  • Orang tempatan Sabah
  • Atas 17 tahun
  • Tidak lebih dari 35 tahun
  • Lulus SPM ( Bergantung kepada pengurusan )
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang industry kreatif

Pengambilan peserta kursus akan diambil pada masa tidak menentu mengikut bidang yang telah ditawarkan. Tapi kalau bidang perfileman ini, kebiasanya bulan 4-7. Jadi jika mempunyai sebarang perubahan atau maklumat terkini pengambilan peserta kursus, insyallah admin akan terbitkan disini.

Jika anda terpilih untuk peserta kursus nanti, Jangan lupa bawa dan sediakan ini untuk interview:
  • Maklumat peribadi
  • Resumi
  • Sijil (jika perlu)
  • Hasil rekaan anda sendiri sama ada dalam bentuk video, gambar ataupun sebagainya

Di situ, anda akan ditemu rama la. jadi jangan malu, keep smiling dan jangan tidak bercakap la. Berpakaian kemas serta bersopan santun untuk ditemu rama dengan Big Bos PICTS / Crcsb Hj.Ismail Osair.

Rasanya, setakat di sini sahaja yang admin boleh kongsikan mengenai artikel kita pada kali ini. Jika mempunyai sebarang maklumat terkini, insyallah akan dimaklumkan disini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan ataupun sebagainya, boleh ajukan pesanan anda pada ruangan komen dibawah sini.