Sabtu, 18 Ogos 2018

Peluang Terbaik Menerima Ganjaran Dengan 8coin

Peluang Terbaik Menerima Ganjaran Dengan 8coin

Assalamualaikum, salam satu dunia dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Hari ini, admin nak kongsikan info menarik mengenai bisnes online yang terkenal di asia iaitu 8coin. Siapa kenal dengan 8Share sebelum ini yang mempunyai lebih 700 000 pengguna dari media sosial malaysia terkenal beberapa tahun yang lalu? Whaaaa, inilah dia update terbaru 2018 8share itu menjadi 8coin.


8share telah membuka nafas baru pada tahun ini 2018 dengan mengubah nama kepada 8coin, dari pandangan pengguna. Ia sama sahaja fungsi dan cara penggunaan sebelum ini namun, update sekarang ini jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Bagi anda yang mungkin baru berkenalan dengan 8coin ini, disinilah tempat yang sesuai untuk anda berkenalan dengan 8coin ini berdasarkan perkongsian pengalaman dan pengetahuan admin tentang 8coin ini. 

Apa itu 8coin?

Dari maklumat yang telah admin perolehi, 8coin adalah merupakan kelab ganjaran peribadi kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya untuk mendapatkan barangan percuma, pendapatan pendapatan tambahan seperti wang ringgit dan menjadi yang pertama kepada keluarga dan rakan-rakan mereka seperti voucher pemakanan, lawatan dan sebagainya.


Fungsi utama 8coin ini adalah untuk para pengguna mendapatkan ganjaran dengan cara berkongsi kandungan-kandungan mereka yang menarik di media sosial. Disamping itu, 8coin ini juga berfungsi sebagai platform untuk pemasaran. Dengan adanya para pengguna-pengguna 8coin ini, ia akan menjadi sebagai penyokong kandungan sosial bagi mempromosi kan jenama dan pemasaran kita di media sosial melalui 8coin ini.

Bagaimana 8coin Berfungsi?

Untuk tidak lupa, 8coin ini boleh didaftarkan secara percuma ya, jadi ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas. Sebagai pengguna yang berdaftar nanti, setiap pengguna yang berdaftar akan diberi misi atau lebih dikenali sebagai kerja yang perlu kita buat mengikut kehendak dari 8coin. Jadi misi itulah peluang kita untuk mendapatkan ganjaran dari 8coin ini.


Contoh misi yang kerap dibuat adalah anda dikehendaki mengongsikan pautan-pautan tertentu ke media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Dari pengalaman admin, selalunya mengarahkan kita mengonsikan berita-berita menarik, viral, pemasaran produk dan sebagainya. Jadi ganjaran akan kita dapat melalui jumlah pengguna media sosial yang telah melihat atau memasuki pautan yang telah kita kongsikan.

Berapa Pengiraan 8coin ini

Mungkin anda tertanya-tanya berapa pengiraan 8coin ini. Rasanya ini sangat penting jugalah sebagai pengetahuan anda semua bagi mencapai target bukan?.Okey, 100 coin dalam mata wang MYR ringgit adalah RM1, jadi jika anda mempunyai coin sebanyak 2000 maka dalam bentuk mata wang ringgit adalah RM20. Selain itu, kita boleh gunakan coin ini untuk membeli atau tempah voucher seperti KFC, Starbuck, hadiah percuma dan sebagainya mengikut terma dan syarat.


Aplikasi 8coin ini kita boleh dapati dari google play store atau apple store bagi pengguna smartphone. Jika anda ingin menggunakan web browser sahaja, boleh layari laman web rasmi 8coin disini:


Ramai yang mengatakan ini scam la, penipu. Bagi admin ini adalah platform yang terpercaya dan terbukti membayar kepada pengguna. Jika ini tipu, kenapa admin Daftar Turiol ini menerbitkan artikel mengenai 8coin ini? Oleh yang demikian, anda janganlah risau kerana semua artikel-artikel disini Daftar Turiol adalah disemak sebelum menerbitkannya. 

Sebagai pengetahuan anda semua, admin juga adalah sebahagian pengguna dari 8coin ini tetapi jarang bermain dengan benda ini atas kesibukan hal-hal pekerjaan.

Dari sudut pemahaman admin membacakan artikal ini, alhamdulillah rasanya boleh difahami sudah secara ringkas mengenai 8coin ini. Jika anda ingin dengan lebih terperinci mengenai 8coin ini, anda boleh semak di laman web sahabat saya disini:


Sebarang pertanyaan ataupun apa-apa pesanan yang ingin disampaikan. Jangan malu jangan segan untuk ajukan pesanan anda di ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih semua.