Rabu, 1 Ogos 2018

Tutorial Cara Buat Akaun Mudah.my Di Smartphone

Tutorial Cara Buat Akaun Mudah.my Di Smartphone

Daftar Turiol Mengulas mengenai bagaimana cara daftar buat akaun mudah.my sebuah aplikasi Malaysia Largest Marketplace perniagaan di local malaysia dalam kategori Bisnes akaun hanya di daftarturiol.


Apa Itu Mudah.my Marketplace?

Secara kongsepnya, mudah my ini adalah sebuah aplikasi perniagaan yang hanya untuk local malaysia sahaja. Ia seperti aplikasi lazada, shopee dan sebagainya. Namun mudah my marketplace ini mempunyai perbezaan sedikit berbanding aplikasi yang sama dengannya.
Masuk pautan dibawah sini untuk lebih terperinci mengenai pengenalan tentang mudah my ini:

Mudah.my Menyediakan Pekerjaan

Selain daripada perniagaan, mudah my juga menyediakan pekerjaan atau jawatan kosong di setiap negeri, daerah bahkan di setiap cawangan/agensi yang terlibat. Setiap jawatan kosong yang telah ditawarkan atas perjanjian dan pengisian rasmi dengan agensi. Itu adalah antara salah satu perbezaan dan kelebihan daripada mudah my la.

Cara Buat Akaun Mudah.my:

Langkah pertama, muat turun aplikasi mudah my terlebih dahulu dengan hanya mengklik butang dibawah sini:
1. Buka aplikasi mudah anda. Klik tab pada sebelah kiri atas ⇒ klik Sign Up untuk daftar akaun profile mudah.


2. Selepas itu, admin cadangkan supaya daftar menggunakan akaun facebook anda yang sedia ada bagi memudahkan perhubungan antara pengguna mudah my nanti. Jika anda tidak mempunyai akaun facebook, boleh daftarkan segera dengan menekan Sign Up dan sisikan butiran-butiran yang dikehendaki nanti.


3. Untuk langkah mendaftar menggunakan akaun facebook. Anda akan terus pergi ke halaman seperti dalam gambar rajah dibawah sini, ini selepas anda mengklik continue as nama anda pada facebook tadi.


Apabila semuanya sudah lengkap diisi, anda hanya perlu tekan butang kembali sahaja dan akaun anda telahpun selesai didaftarkan untuk mudah marketplace. Sekarang ini ada 2 pilihan sama ada anda menjual barang atau mencari pekerjaan, barang dan sebagainya.


Dari perbicaraan admin dengar. Mudah marketplace ini juga memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan wang selain daripada jualan barang. Akan tetapi admin belum review lagi perkara tersebut, apa-apa pun akan admin terbitkan di sini apabila dikenal pasti kemudian.

Rasanya, setakat disini sahaja yang dapat admin kongsikan kepada anda mengenai tajuk artikel kita pada kali ini. Semoga apa yang di kongsikan di sini berguna untuk kegunaan anda di sana. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, nak komen ataupun sebaliknya, jangan malu untuk terbitkan pesanan anda di ruangan komen dibawah sini. TQ