Ahad, 2 September 2018

Cara Membuat Akaun Shopplus Mall Malaysia

Cara Membuat Akaun Shopplus Mall Malaysia

Tempat pencarian e-dagang terkini 2018 produk-produk yang menyediakan barangan terkenal dan berkualiti dengan sokongan barangan taiwan telah diperkenal kan di malaysia secara rasmi pada 2017 kini menjadi tempat rutin pertama masyarakat malaysia mencari barangan yang berjenama dengan mudah dan ringkas.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua saya ucapkan kepada pembaca-pembaca sekalian yang sekarang ini sedang melayari laman web sini daftar turiol. Admin ucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan anda disini dan untuk artikel kita pada hari ini, admin nak kongsikan kepada anda mengenai bagaimana cara kita buat akaun Shopplus dalam kategori tutorial membuat akaun.

Untuk pengetahuan anda, shopplus ini adalah masih baru ya dan telahpun dilancarkan baru-baru ini pada akhir tahun 2017 di semua asia tenggara termasuk malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh baca perenggan dibawah ini yang telah admin sertakan secara ringkas mengenai Apa itu Shopplus berdasarkan pengetahuan admin tentang benda ini.

Apa Itu Shopplus Mall Malaysia?

Shopplus adalah merupakan e-dagang, sama seperti shopee, lazada dan mudah my yang menyediakan perkhidmatan untuk membeli barang secara atas talian. Namun, apa yang membezakan antara shopplus dengan e-dagang yang lain adalah ia mensasarkan peluang membeli belah produk Taiwan dengan masa yang lebih singkat. Oleh kerana trend rakyat Malaysia untuk membeli belah dalam talian makin meningkat saban tahun. Innya menjadi indikator akan penerimaan rakyat terhadap portal membeli belah dalam talian ini.

Untuk makluman juga, Shopplus adalah merupakan inisiatif dari Malaysia dan sokongan teknikal dari Taiwan. Jadi apa-apa jenis barang yang berkualiti berjenama Taiwan ini akan diterbitkan di sini dan ini akan memudahkan masyarakat untuk mencari barang-barang yang berkualiti seperti produk Taiwan ini secara mudah melalui atas talian di sini Shopplus. Banyak benda menarik yang boleh dilakukan melalui platform ini antaranya membeli belah, kongsi dan dapatkan rebat tunai. Ia sama sahaja seperti e-dagang yang lain.

Menarik bukan? Setakat ini, lebih kurang 10 000 penduduk malaysia yang kini telahpun berdaftar dengan perkhidmatan ini. Jadi anda bila lagi? Rujuk tutorial dibawah sini untuk cara mendaftar dengan Shopplus.

Opps. Sebelum terlupa, gunakan browser mozila firefox, chrome atau yang setaraf dengannya kerana laman web shopplus ini menggunakan script yang agak tinggi

Pertama, klik terlebih dahulu butang "masuk" dibawah ini untuk memasuki laman web rasmi Shopplus Mall Malaysia ini secara terus kepada halaman pendaftaran akaun shopplus mall malaysia ini.

Dalam butang yang telah admin sediakan diatas adalah menuju terus ke halaman pendaftaran. Jadi ini tidak menyusahkan anda lagi untuk mencari halaman Shopplus Mall Malaysia untuk pendaftaran akaun baru.

Dalam halaman ini terdapat 2 bahagian iaitu Log masuk (Login) dengan pendaftaran (Register). Untuk membuat akaun baru adalah bahagian Refister la. Dalam bahagian register ini, anda kena isi beberapa butiran-butiran yang dikehendaki seperti email, kata laluan, nama dan nombor telefon.


Email adalah akaun gmail anda lah. Seterusnya adalah kata laluan, gunakan perkataan lebih dari 8 angka bagi memastikan kelayakan untuk mendaftar akaun. Contohnya Ahmad-12345. Selepas itu, nama akaun shopplus mall malaysia anda dan juga nombor telefon yang aktif.

Untuk ruangan referrer pula, masukkan id kawan anda yang telahpun mendaftar akaun shopplus ini sebelumnya. Bahagian ini untuk pengetahuan anda adalah sebagai buah tangan kepada mentor kita yang telah pun mengajar dan memperkenal kan perkhidmatan ini.


Setelah semuanya sudah selesai, klik butang register la dan boleh sudah berdagang dengan menggunakan perkhidmatan ini. Selepas ini, jangan lupa untuk semak juga email anda bagi langkah pengesahan akaun Shopplus Mall Malaysia. Jika disahkan maka segala pengurusan yang akan berlaku seperti kerosakan, kecuaian, kesilapan, pembaikan akaun anda berpandukan email yang telah anda sahkan ini.

Rasanya setakat disini sahaja yang boleh admin kongsikan mengenai tajuk artikel kita pada hari ini iaitu Cara buat Akaun Shopplus Mall Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan ataupun sebagainya PM atau tinggalkan pesanan anda pada ruangan komen yang telah disediakan dibawah sini. Terima kasih.