Sabtu, 29 Disember 2018

Cara Buat Button Link Chat Html Whatsapp

Cara Buat Button Link Chat Html Whatsapp

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang Admin kasihi sekalian. Pada kali ini, saya sangat berbesar hati untuk kongsikan kepada anda mengenai tajuk artikel kita pada hari ini iaitu Tutorial Bagaimana Cara Buat Butang Chat Html Ke Whatsapp dalam kategori Tips Blogger, Internet secara bertulis di sini Daftar Turiol.

Chat button

Tutorial ini khasnya kepada mereka yang memiliki laman web tidak kira menggunakan Blogger ataupun wordpress kerana html ini sama sahaja fungsinya iaitu halaman yang akan menuju ke chat nombor whatsapp kita bersamaan dengan pesanan ringkas daripada catatan yang telah kita atur kan ke Html itu.

Html ini sangat membantu kepada mereka yang membuat perniagaan secara contact personal iaitu melalui pesanan ringkas daripada whatsapp kerana kita akan tahu apa pelanggan minta daripada butang html yang telah kita atur kan selepas ini.

Begini cara membuat button atau link secara direct ke whatsapp kita. Sila salin Html ini dan tukarkan kepada nombor anda pada ruangan ##Nombor Anda##, manakala bahagian ##Pesanan## pula adalah text yang akan terhantar ke whatsapp anda.

https://api.whatsapp.com/send?phone=##Nombor Anda##&text=##Pesanan##

Jika anda ingin membuat pesanan secara panjang, contohnya SAYA INGIN MEMBELI DOMAIN. Tambahkan kod %20 pada setiap jarak perkataan, hasilnya nanti akan menjadi seperti ini SAYA%20INGIN%20MEMBELI%20DOMAIN. Bila sudah selesai, maka begini lah jadinya kod yang lengkap seperti dalam contoh kod dibawah sini.

https://api.whatsapp.com/send?phone=0105443234&text=SAYA%20INGIN%20MEMBELI%20DOMAIN

Begitulah cara senang nak membuat button link untuk chat ke whatsapp. Jadi secara keseluruhan nya, apabila mereka klik url ini maka pesanan akan secara automatik ditulis dalam ruangan chat whatsapp dan terus menghubungi nombor yang telah kita atur kan ke url.

Rasanya setakat di sini sahaja yang boleh admin kongsikan kepada anda mengenai tajuk artikel kita pada kali ini. Semoga apa yang di kongsikan dapat membantu anda di sana dan jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu jangan segan untuk tanggal kan pesanan anda pada ruangan ulasan yang telah admin sediakan dibawah sini. Sekian dan terima kasih.