Rabu, 12 Disember 2018

Cara Share Link File Dari Google Drive Kita Secara Umum 2019

Cara Share Link File Dari Google Drive Kita Secara Umum 2019

Mungkin anda sedang tercari-cari tutorial ini iaitu bagaimana cara kita share atau kongsikan link file yang telah kita upload dari host Google Drive milik kita secara umum. Maksudnya di sini ialah mendapatkan link file dari google drive hasil upload kita secara terbuka kepada sesiapa sahaja yang memasuki link tersebut. Tentunya ini amat sukar bagi anda yang baru berkenalan dengan benda ne. oleh itu, eloklah saya untuk kongsikan berita baik ini kepada anda sebagai petunjuk dan rujukan kita bersama.

Cara Share Copy Link Files Google Drive

Sebagai penambahan, google drive adalah milik google dan sesiapa juga yang memiliki akaun google boleh menikmati kemudahan ini secara percuma yang mana telahpun disajikan sebanyak 15GB untuk setiap akaun google. Jika anda ingin mendapatkan lebih dari kemudahan yang telah disediakan oleh google, gunakan pelan berbayar lah.

Cara Mendapatkan Link Goolge Drive Agar Semua Orang Boleh Guna?

Jika anda perasan, setiap kali kita upload file dari google drive akan berada dalam keadaan private (hanya kita sahaja yang boleh melihat). Namun kita boleh mengubah file tersebut agar berada dalam keadaan terbuka iaitu sesiapa sahaja yang boleh membukanya dengan beberapa cara yang akan admin kongsikan tutorial di sini. Oleh itu, haruslah peka kerana setiap file yang kita salin pautan (copy link) dari google drive tersebut tidak semua menjadi terbuka (public).

Langkah pertama, sila upload file anda ke google drive. Jika sudah selesai, sila right click dan pilih Share → Advanced.


Seterusnya, sila pilih change. Di situ, anda akan melihat 3 jenis akses link sharing iaitu sama anda ingin membuat perkongsian link secara umum, hanya kepada rakan akaun anda (sulit) ataupun tidak boleh di kongsikan langsung. Jika anda ingin file anda dapat dilihat oleh semua orang, pilih On - Public on the Web → Save.


Selepas itu, langkah terakhir ialah jangan lupa salin link yang tertera ke blog, media sosial ataupun sebagainya. Ikut suka hati anda, terpulang.


Begitulah tutorial ringkas cara untuk share link google drive file kita secara umum iaitu sesiapa sahaja yang boleh download. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan, penambah baikan ataupun sebagainya. Sila tinggalkan komen anda pada ruangan yang telah disediakan. Sekian dan terima kasih.