Rabu, 19 Disember 2018

Penambahan Terbaru Digi Monthly Plan 28

Penambahan Terbaru Digi Monthly Plan 28

Hai, salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang admin kasihi sekalian. Hari ini adalah mungkin hari berita baik kepada kita semua sebagai pengguna Digi yang mana sebelum ini hanya menawarkan plan Best dan plan Live sahaja kini akhir tahun 2018 disajikan kepada Digi Monthly Plan 28.

Penambahan Terbaru Digi Monthly Plan 28

Dikhabarkan secara ringkasnya, Digi plan terbaru ini sama seperti digi-digi postpaid yang mana pengguna Digi hanya perlu TopUp sahaja sebanyak Rm28 setiap bulan sama seperti Digi postpaid akan tetapi ini bukan melibatkan akaun bank lah.

Ini kelebihan terbaru Digi Monthly Plan 28:
  • Diberi kouta 2GB setiap hari
  • Diberi Kouta 2GB setiap Hujung minggu
  • Secara keseluruhan, mendapat kouta 16GB setiap minggu
  • Panggilan Tanpa Had
  • Pembaharuan Pada setiap 28hb

Ini tidak melibatkan bank kita. Hanya perlu topup cukup RM28 dan kita akan mendapat ganjaran daripada plan terbaru ini. Bagi anda yang kini pengguna plan Digi Best ataupun Live, tak perlu beli sim baru kerana sudah sedia maklum bahawa kita boleh tukarkan sendiri sim sedia ada ini kepada plan terbaru melalui panggilan penukaran plan. Caranya ialah macam ini, dail *128*1*4# di situ akan ada 3 jenis plan iaitu Digi best, Digi Live dan juga Digi monthly. Seterusnya, anda ikuti sahaja arahan yang diminta, mudah sahaja.

Rasanya, setakat di sini sahaja yang boleh admin kongsikan kepada anda mengenai berita baik ini iaitu Digi Monthly Plan 28 terbaru. Semoga plan ini berkekalan buat kita semua bagi pengguna Digi kerana admin sendiri pun pengguna Digi hehehe. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan mahupun sebagainya. Jangan malu jangan segan untuk tinggalkan pesanan anda pada ruangan yang telah disediakan. Sekian dan terima kasih.