Rabu, 19 Disember 2018

Tips Terbaru (2019) Sebelum Membeli Domain

Tips Terbaru (2019) Sebelum Membeli Domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang admin kasihi sekalian. Pada kali ini, admin sangat berbesar hati untuk kongsikan kepada anda mengenai tips penting ini mengenai pembelain domain secara atas talian. Akan datang nanti, ramai yang mungkin akan keliru kerana terdapat begitu banyak sekali Server yang menawarkan pembelian domain yang mempunyai pelbagai jenis harga. Oleh itu, di sini eloklah admin kongsikan kepada anda mengenai tips penting ini kerana ini sangat berguna dan sangat membantu kepada anda bagi yang memiliki laman web.


Sebelum anda membawa nama laman web anda dengan lebih jauh, pastikan anda menggunakan dan membeli domain Server yang betul kerana tidak semua Server domain yang diterima oleh google mesin pencarian atau mesin-mesin pencarian yang lain seperti Bing, Yandex, Yahoo dan sebagainya.

Kenapa perlu Mesin Pencarian?

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa perlu menerima google mesin pencarian lah, mesin pencarian Bing, Yandex dan sebagainya. Okey, untuk pengetahuan anda bagi yang memiliki laman web tidak kira menggunakan Blogger, Wordpress dan sebagainya. Setiap artikel yang terbitkan mesti dihantar ke mesin Webmaster agar artikel yang anda buat itu nanti akan muncul pada mesin pencarian (google search keyword). Itulah sebabnya kenapa mereka yang berjaya seperti Blog Daftar Turiol ini muncul artikel mereka pada mesin pencarian google. Jika tidak percaya sila salin mana-mana tajuk artikel yang berkaitan dan cari ke google, mesti akan terpapar dalam nombor 1 2 ataupun ketiga kerana setiap artikal yang admin buat mesti akan admin submit ke webmaster.
Senarai Untuk Webmaster
Google Webmaster
Bing Webmaster
Yandex

Berbalik kepada pembelian Server. Nasihat admin di sini, jangan membeli domain secara terburu-buru kerana satu nama hanya dimiliki seorang sahaja. Maksudnya di sini ialah, jika anda membelinya lagi dan menggunakan nama domain yang sama ke Server yang lain, harap maaf kerana anda sudahpun menggunakan domain ini ke Server yang asal. Okey, admin tidak bermaksud untuk memanjang kan cerita ini, yang penting sekarang ini adalah anda tahu apa yang admin maksudkan di sini. Oleh itu, di sini admin akan kongsikan kepada anda mengenai Tips terbaru (2019) sebelum anda membeli domain.

Pertama, sila tekan butang dibawah ini dan Sign In menggunakan akaun gmail anda.


Selepas itu, sila klik pada bahagian yang telah ditandakan seperti dalam gambar rajah dibawah ini dan cari server anda pada senarai tersebut.


Jika Server yang anda pilih untuk membeli domain tidak mempunyai senarai disitu. Maka admin nasihatkan jangan membeli domain ditempat Server yang anda ingin rancang kan yang tidak mempunyai senarai di situ. Beli lah domain Server yang sesuai kerana ini sudah diberi kepercayaan oleh semua jenis mesin pencarian.

Begitulah cara semak sebelum membuat pembelian domain terbaru 2019 ini. Semoga apa yang di kongsikan dapat membantu anda di sana dan jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan mahupun sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan pesanan anda pada ruang komen yang telah disediakan. Sekian dan terima kasih.

  1. Untuk Rakyat MALAYSIA, Admin rekomen beli dari GoDADDY! Terbaik

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam