Selasa, 25 Disember 2018

Tutorial Cara Daftar Google Tag Manage Untuk Blogger

Tutorial Cara Daftar Google Tag Manage Untuk Blogger

Bagaimana cara daftar akaun google tag manage untuk blogger, macam mana cara nak pasang dan letakkan code google tag manage di blog khas kepada pengguna platform Blogger tidak kira blogspot ataupun custom domian.

Google Tags Manage untuk Blogger

Google Tag Manage adalah merupakan milik google yang mana berfungsi untuk membantu Tag keywords laman web kita agar tersenarai, ter index ataupun dapat dicari oleh mesin pencarian. Admin sendiri pun baru kenal dengan benda ne beberapa hari yang lalu 25/12/2018 sejak membuat pengesahan blog Daftar Turiol ini daripada kaedah baru oleh Google Webmaster 2019 (google search Console).

Walau bagaimana pun, ini sangat berguna khususnya kepada mereka yang memiliki laman web seperti Admin sekarang ini. Oleh itu, elok lah admin kongsikan kepada anda mengenai tajuk artikel kita pada kali ini iaitu Bagaimana Cara Pasang Google Tag Manage untuk mereka yang menggunakan Blogger.

Masuk halaman rasmi Google Tag Manage dengan cara klik butang "Masuk" di atas. Seterusnya klik butang "Sign Up For Free".


Selepas itu, pilih CREATE ACCOUNT → masukkan butiran-butiran yang diperlukan seperti nama anda, negara asal dan seterusnya alamat blog anda → Pilih Web untuk blogger → klik Create.


Memasang Google Tag Manage Ke Blogger

Sesudah anda selesai membuat akaun Google Tag Manage ini, anda akan diarahkan untuk memasang script seperti dalam gambar rajah dibawah ini. Cara pasang script ini mudah sahaja, pertama salin kod <head> ini dan letak kan di atas sebelum kod </head>. Baca halaman ini "Klik Saya jika anda belum tahu cara pasang kod ke </head>.


Selepas itu, cuba anda save. Jika berlaku ralat maka tambahkan kod dari & kepada &amp;. Lihat gambar rajah dibawah ini untuk lebih jelas.


Selepas itu, turut serta salin kod <body< dan letak kan di atas sebelum kod </body> → Save. Baca halaman ini Klik Saya jika anda belum tahu cara pasang kod ke.


Selepas itu, klik butang OK pada halaman Google Tag Manage dan tunggu dalam masa 24jam untuk proses pengesahan daripada Google Tag Manage ini.

Begitulah cara pasang Google Tag Manage ini ke Blogger, untuk Wordpress pula Admin kurang tahu mengenai wordpress kerana admin bukan pengguna daripada Wordpress tetapi sebaliknya pengguna daripada Blogger hehehe.

Apa pun, terdapat banyak tutorial bertulis yang telah admin lihat di internet mengenai pemasangan Google Tag Manage untuk Wordpress. Sila semak sekarang kerana tools ini masih baru, belum terkenal dan yang paling penting sangat membantu untuk mereka yang memiliki laman web tidak kira laman web percuma ataupun berbayar, Ia sama sahaja.

Rasanya setakat disini sahaja yang boleh admin kongsikan kepada anda mengenai berita baik ini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu jangan segan untuk tanggal kan ulasan anda pada ruangan yang telah admin sediakan dibawah sini. Sekian dan terima kasih.