Khamis, 27 Disember 2018

Yahoo Bergabung Dengan Bing Webmaster?

Yahoo Bergabung Dengan Bing Webmaster?


Ke manakah perginya Yahoo Webmaster? jika anda perasan, Yahoo webmaster kini telahpun hilang dari pandangan internet. Yahoo sangat terkenal digunakan semenjak tahun 2000 hingga lah ke saat ini, namun persaingan ketatnya ialah Gmail iaitu milik google (syarikat terbesar di dunia internet). Kini segala-galanya telahpun berubah kerana kebanyakan Server lebih kepada profil yang melibatkan google akaun. Bagi mereka yang pernah mencuba zaman penguasaan Yahoo, bersyukur lah kerana anda pernah merasai hehehe.


Bing Webmaster

Admin pun sedang tercari-cari juga ke mana perginya Yahoo Webmaster baru-baru ini, tetapi menurut sebuah artikel yang telah admin sempat baca sepintas lalu. Yahoo webmaster telahpun bergabung dengan Bing Webmaster menjadi satu pusat. Mereka pun tidak pasti sejak bila yahoo webmaster itu dipindahkan ke Bing.

Apa pun, proses submit ke bing semakin moden daripada sebelumnya, mungkin ini adalah merupakan satu usaha mereka dalam bekerjasama untuk mempertingkatkan lagi syarikat di antara dua sahabat ini. Admin harap berita itu betul lah, semoga kerjasama di antara dua sahabat ini dapat membantu kepada mereka yang memiliki laman web ini.

Admin sendiri pun tidak beberapa faham apa yang ditulis oleh seorang penerbit blog mengenai artikel review Yahoo Webmaster kerana menggunakan bahasa Russia. Apabila di translet ke melayu, ayat kucai-kacir dan tidak tersusun hinggakan admin sendiri tidak beberapa faham apa yang disampaikan sebenarnya hahaha.

Siapa penulis dan apa nama laman web tersebut adalah tidak diketahui kerana dibaca sepintas lalu sahaja. Jadi kepada anda yang mungkin lebih berpengetahuan mengenai topik yang kita review sekarang ini, jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruang komen yang telah admin sediakan dibawah sini, kita sama-sama belajar.