Jumaat, 25 Januari 2019

Bing Webmaster Memberi Cupon Rm250

Bing Webmaster Memberi Cupon Rm250

review kenapa Bing webmaster memberi cupon sebnayak RM250 secara percuma kepada sesiapa juga yang mendaftar dengan nya, cara guna widhraw mendapatkan cupon bing webmaster sebanyak RM250.

RM250

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang admin kasihi sekalian. Hari ini, cuma nak sharing sedikit mengenai Bing Webmaster memberi coupon sebanyak RM250. Kepada mereka yang pernah menerima email daripada bing webmaster ini tentang coupon sebanyak RM250.

Anda jangan hairan kerana ini bukan scammer tetapi just hanya bonus kepada anda selaku pengguna Bing Wemaster yang berdaftar untuk mempromosi kan atau mengiklankan blog dan produk-produk anda dengan menggunakan voucer ini tanpa gunakan modal.

Masih belum faham mengenai Cupon Bing webmaster Sebanyak RM250?

Okok, pernah anda dengar Google Adswords. Pernah anda lihat iklan-iklan dari Google AdSense? tetapi adakah anda terfikir siapa yang membuat iklan berbentuk banner itu? haaa! sebenarnya pengguna yang berdaftar lah yang akan menguruskan hal tersebut agar laman web atau produk mereka terlihat dan dikenali oleh orang ramai di seluruh dunia. Tetapi sebelum mereka promosikan iklan tersebut, hal yang mesti ada adalah modal.

Kenapa harus mempunyai modal untuk membuat pengiklanan?

Ini kerana setiap penerbit yang akan menayangkan iklan kita di blog milik mereka akan dibayar sebagai ganjaran kepada mereka yang membantu untuk mempromosi kan blog atau produk kita dalam bentuk iklan. Begitulah juga dengan bing webmaster ini tetapi, untuk bing ini agak lain sedikit berbanding dengan iklan daripada Google.

Oleh itu, dengan adanya kupon sebanyak RM250 ini, kita boleh gunakan sebaik yang mungkin sebagai ganti kepada budjet kita untuk pembayaran kepada penerbit yang menayangkan iklan kita ke seluruh dunia. Admin rasa, anda boleh faham sudah mengenai cupon daripada Bing Webmaster ini. Tak perlu risau kerana setiap pengguna bing webmaster akan menerima email ini sebagai ganjaran kepada mereka yang berdaftar. Jika anda mempunyai penambahan, sila terbitkan ulasan anda di ruangan komen yang telah Admin sediakan dibawah sini. Sekian!