Isnin, 7 Januari 2019

Cara Pasang Nameserver Ezoic CDN untuk Godaddy

Cara Pasang Nameserver Ezoic CDN untuk Godaddy

Ezoic adalah merupakan pihak ketiga Google AdSense yang mana membantu untuk memperbaiki pengiklanan google AdSense kita. Selain itu, dengan adanya kemudahan ini, penghasilan dari pengiklanan google AdSense kita akan meningkat sehingga 250%, itu yang saya terbaca dari sebuah blog lah.

GODION

Bagi mereka yang baru mula menggunakan ezoic ini, mungkin anda stop di bahagian ini Integrate Your Site. Terdapat 2 jenis cara untuk pasang kod ezoic ini agar bekerja di laman web anda, antaranya ialah melalui sambungan CDN Ezoic dan juga melalui code script

Kedua-dua jenis pemasangan ini ada kelebihan tersendiri, bagi mereka yang menggunakan domain percuma (blogspot), mereka hanya berpeluang untuk menggunakan code script sahaja, manakala untuk domain berbayar pula akan berpeluang menggunakan cara Connect Via Ezoic's CDN lah.

Perbezaan antara code Script dengan Ezoic's CDN
Connect Melalui Ezoic's CDN Melalui Code Script
Laman web Berjalan Dengan Lancar Mudah untuk dipasanag
Free CDN provided Tiada perubahan Domain
Berpeluang Mendapat more money Loading blog menjadi lambat
Mengambil masa kurang dari seminit Boleh berlaku masalah Javascript
Sesuai untuk semua CDNs, CMS dan Hosting yang Terlibat Tiada kemudahan seperti premium sites

Jika anda seorang yang memiliki blog domain berbayar menggunakan hosting Godaddy, di sinilah rujukan yang paling tepat untuk anda kerana tutorial ini saya guna menggunakan hosting Godaddy. Lihat tutorial bertulis dibawah sini untuk Cara Pasang Nameserver Ezoic CDN untuk Godaddy.

Pertama, pergi ke Dashboard Ezoic → Integrate Your Site → klik View Instructions untuk bahagian connect via Ezoic's CDN.


Buka halaman baru dan masuk ke akaun Godaddy anda. Seterusnya pergi ke My Products  klik butang DNS pada url blog yang anda gunakan untuk Ezoic.


Scroll bawah dan anda akan jumpa bahagian Nameservers. Klik butang change dan pilih custom.


Berbalik kepada halaman Connect via Ezoic's CDN. Salin kode yang di bagi dan paste ke dalam Nameservers Godaddy.


Akhir sekali, save dan tunggu sehingga 24jam atau kurang. Pihak Godaddy akan menghantar email kepada anda jika proses sudah selesai nanti. Begitulah cara pasang Nameserver Ezoic's CDN ke hosting Godaddy atau mana-mana hosting. Ia sama sahaja cuma penggunaan hosting sahaja yang berbeza. Rasanya, setakat di sini sahaja yang boleh saya kongsikan kepada anda mengenai tajuk artikel kita pada kali ini. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, persoalan dan sebagainya. Sila tanggal kan ulasan anda pada ruangan komen yang telah saya sediakan dibawah sini. Sekian dan terima kasih.