Sabtu, 5 Januari 2019

Tutorial Cara Guna Yandex Webmaster Untuk Blogger

Tutorial Cara Guna Yandex Webmaster Untuk Blogger

Yandex Webmaster adalah merupakan sama seperti Google Webmaster tetapi perbezaan ketara antara kedua-dua webmaster ini adalah mesin pencarian yang berlainan. Jika anda taip lain daripada yang lain dari mesin pencarian Google Search, mungkin tidak ada pada mesin pencarian Yandex. Ia bergantung kepada pengguna yang menggunakan mesin ini. Dikhabarkan bahawa Yandex ini kurang digunakan oleh masyarakat tetapi kita sebagai internet marketing sangat membantu dalam meningkatkan peristai blog kita dengan bantuan Yandex webmaster ini.

Yandex

Oleh yang demikian, admin akan kongsikan kepada anda mengenai bagaimana cara kita menggunakan Yandex Webmaster ini secara basic setelah anda berjaya mencipta akaun untuk Yandex Webmaster. Bagi mereka yang mungkin belum tahu dan perlukan rujukan untuk cara daftar akaun Yandex Webmaster, bolehlah lihat halaman ini. Setelah anda menambah laman web anda pada Yandex webmaster, pertama yang mesti anda buat adalah daftarkan sitemap. Untuk blogger, anda hanya perlu tambahkan /sitemap.xml pada belakang url blog anda, contohnya seperti ini:
 https://www.daftarturiol.com/sitemap.xml 


Selepas itu, pergi ke Indexing - Important Page monitoring. Di sini, isi kan url blog anda, url label tetap, halaman seperti about contact terms dan mana-mana halaman yang anda rasa penting. Anda juga boleh masukkan url blog posting anda tetapi ingat, limit untuk Important Page monitoring ini hanya 100 sahaja.


Seterusnya, untuk submit url posting baru anda nanti, pergi ke indexing - Rindexing pages. Paste url post anda di sana dan klik send, limit hanya 15 url sahaja untuk sehari, lebih dari itu anda kena tunggu esok lah.


Untuk mengetahui sama ada submit url anda berjaya ataupun tidak. Anda boleh semak di halaman Indexing - Check Url Status. Paste url yang anda ingin semak dan klik Check.


Begitulah cara mudah untuk cara kita gunakan Yandex Webmaster secara basic untuk Blogger, permohonan sumbit sitemap mengambil masa lebih kurang satu hingga tiga hari manakala untuk sumbit url pula mengambil masa lebih kurang 24 jam sahaja. Rasanya setakat di sini sahaja yang boleh saya kongsikan kepada anda mengenai tajuk artikel kita pada kali ini, jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan, penambahan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tanggal kan ulasan anda pada ruangan komen yang telah admin sediakan dibawah sini. Sekian dan terima kasih.