Rabu, 27 Februari 2019

Berita Buruk Bitcoin Untuk myBank2u

Berita Buruk Bitcoin Untuk myBank2u

Berita Buruk myBank atau lebih dikenali sebagai Mybank2u di Malaysia tidak menerima sistem mata wang Bitcoin lagi. Withdraw mata wang Bitcoin di bank Mybank mybank2u tidak berfungsi, berita pemutusan pembayaran Bitcoin ke Mybank.

mybank2u Malaysia Bitcoin

Pada pertengahan tahun 2018 yang lalu, mybank2u telahpun menutup penerimaan / pembayaran melalui sistem mata wang Bitcoin. Maksudnya disini ialah, kita tidak dapat lagi menghantar terus mata wang bitcoin ke mybank2u. Perlu beberapa proses transaksi lagi untuk membuat transfer sistem mata wang bitcoin ini ke Mybank kerana sistem mybank2u dulu sangat mudah untuk menerima / membayar menggunakan Bitcoin.

My Bank Tidak Menerima Bitcoin?

Admin sendiri pun tahu pasal benda ne sejak beberapa bulan yang lalu akan tetapi lupa share di blog Daftar Turiol ini hehehe. Jika anda perasan projek BDIG (Big Data International Groups) yang lalu, mungkin ini adalah satu sebab kenapa mereka tidak membayar ke lokal Bank menggunakan sistem mata wang bitcoin. Sehingga kini, sistem perkhidmatan mereka telah pun ditutup akibat perubahan yang telah berlaku.

Di blog ini juga, admin pernah pasang pengiklanan Bitcoin tetapi malangnya, setelah mendapat tahu berita ini dari rakan karib. Terus tutup dan tukarkan kepada pengiklanan yang menggunakan pembayaran melalui USD.

Bitcoin MyBank malaysia
Screenshot semasa menggunakan iklan Bitcoin Dari Bitcoin

Jika anda peminat setia dengan Bitcoin, tak perlu risau kerana terdapat banyak cara untuk transfer mata wang bitcoin ke local Bank. Jika anda perlu rujukan secara bertulis, anda boleh rujuk halaman ini untuk Cara withdraw Sistem Matawang Bitcoin ke Bank. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda disana. Terima kasih!