Jumaat, 22 Februari 2019

Tutorial Basic Cara Mastering Lagu Guna Fl Studio

Tutorial Basic Cara Mastering Lagu Guna Fl Studio

Tutorial cara basic mastering musik, bagaimana cara untuk mastering lagu dengan mudah terbaru, langkah-langkah cara mastering music menggunakkan software sedia ada di Fl Studio.

Tutorial Basic Cara Mastering Lagu Guna Fl Studio

Mastering adalah langkah terakhir bagi seorang music maker. Antara sebabnya yang paling ketara kenapa kita perlu mastering musik adalah:
  • Kelantangan Lagu pelahan
  • Mempunyai instrument yang tidak jelas
  • Penggunaan effect yang melampau
  • Selebihnya

Kenapa Perlu Mastering Music?

Dengan adanya langkah mastering ini, ia dapat memperbaiki mana-mana yang kurang dan seterusnya meningkat kan kualiti musik tersebut. Oleh itu, di sini admin akan kongsikan tutorial bertulis kepada anda secara basic cara mastering lagu menggunakan software Fl Studio disini Daftar Turiol. Semoga rujukan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak disana.

Langkah pertama, anda haruslah menggunakan headphone yang sesuai untuk pembuatan muzik agar dapat didengari mana-mana instrument yang pecah, kurang kelantangan dan selebihnya. Lihat halaman ini untuk jenis-jenis headphone yang sesuai untuk pembuatan muzik dalam budjet yang murah.


Untuk pengguna Fl Studio, pertama. Buatlah instrument dan link kepada track 1.

Tutorial Basic Cara Mastering Lagu Guna Fl Studio

Selepas anda sudah buat melody untuk instrumen tersebut. Sekarang, tinggi kan volume instrumen tersebut selagi mana yang mampu, yang penting jangan sound pecah. Gunakan effect ini Fruity Limiter untuk mendapatkan volume dengan lebih lagi.

Basic Cara Mastering Lagu

Sesudah itu, tambahkan effect Maximus di track master.

Basic Cara Mastering Lagu

Seterusnya, pada effect Maximus, gunakan presets yang sesuai dengan instrument anda. Contoh di sini, admin gunakan presets maximus Simple 1 band limiter kerana jenis musik yang telah admin buat adalah muzik Band.

Basic Cara Mastering Lagu
Fungsi Maximus:
Sebagai penambahan ringkas, fungsi maximus adalah sama seperti equalizer tetapi lebih expert berbanding equalizer. Apa yang menarik dengan plugin ini adalah membantu untuk mengstabilkan level kelantangan bunyi. Untuk lebih terperinci, anda boleh uji kaji sendiri.
Rasanya, setakat di sini sahaja yang boleh admin kongsikan kepada anda untuk cara basic mastering lagu menggunakan Fl Studio. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu untuk tanggal kan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian