Isnin, 18 Februari 2019

Tutorial Cara Pasang Yandex Webmaster Ke Blogger

Tutorial Cara Pasang Yandex Webmaster Ke Blogger

Seperti yang kita sedia maklum, tidak semua orang menggunakan mesin pencarian google sahaja, malahan ada juga di antara mereka yang menggunakan yandex Webmaster. Contohnya mesin pencarian Yahoo dan bing.

Secara dasarnya, dengan adanya Yandex webmaster ini, halaman web kita akan dapat disokong untuk diterbitkan ke halaman mesin-mesin pencarian yang lain selain google pencarian. Turut serta juga dapat meningkat kan SEO dan juga trafik dari sumber yang berkaitan selain media sosial dan juga google pencarian.

Cara Pasang Yandex Webmaster Ke Blogger:

Pertama, login akaun Yandex webmaster anda, bagi yang belum memiliki akaun Yandex Webmaster. Boleh daftar disini https://webmaster.yandex.com.

Pasang Yandex Webmaster

Selepas itu, klik butang (+) pada bahagian atas dan klik Add Site.

Pasang Yandex Webmaster

Seterusnya, Masukkan alamat penuh url laman web anda. Contohnya https://www.daftarturiol.com .

Pasang Yandex Webmaster

Untuk langkah Verification, sila salin kode yang tertera dan tambahkan simbol (/) pada penghujung code. Contohnya seperti ini:

Sebelum:

 <meta name="yandex-verification" content="kode-yandex-kita"> 


Selepas:

 <meta name="yandex-verification" content="kode-yandex-kita"/> 


Seterusnya, salin kode tersebut yang telah diubah tadi dan letak kan dibawah sebelum kode <head> atau di atas kode </head>. Tidak tahu cara pasang kode </head> ? sila lihat halaman ini untuk Cara pasang Kod Head Blogger.

Pasang Yandex Webmaster

Rasanya, setakat disini sahaja yang boleh admin kongsikan kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pencerahan dan sebagainya. Mohon tanggal kan ulasan anda pada ruangan yang telah disediakan dibawah sini. Sekian dan terima kasih.