Khamis, 7 Mac 2019

Tutorial Cara Daftar Ke Freepik

Tutorial Cara Daftar Ke Freepik

Freepik adalah tempat percuma untuk kita hantar hasil kerja kita sendiri dalam membuat vector dan gambar-gambar footage yang menarik. Dalam kesempatan itu juga, freepik akan membayar kita dalam bentuk USD berdasarkan kepada berapa jumlah view dan total yang meng download vector kita di Freepik.

Tutorial Cara Daftar Ke Freepik

Ramai diantara mereka yang bergabung dengan laman web freepik ini, namun permohonan mereka untuk menjadi contributor adalah sangat lah susah kerana Freepik hanya menerima hasil kerja buatan sendiri dan kreatif sahaja. Mungkin jika anda salah satu daripada kreteria yang diminta oleh Freepik, daftarkan sekarang kerana pendaftaran ini adalah percuma.

Bagaimana Cara Daftar Akaun Ke Freepik:

Sebagai langkah pertama, anda haruslah mempunyai akaun Freepik terlebih dahulu. Jika anda perlukan rujukan untuk cara pendaftaran ke Freepik. Disini admin sudahpun sajikan kepada anda secara tutorial bertulis dan bergambar. Selamat mencuba:

Pertama, sila pergi ke laman web rasmi Freepik Contributor dengan cara klik butang Vist Link dibawah sini:

Selepas itu, klik Register di bahagian atas.

Tutorial Cara Daftar Ke Freepik

Seterusnya, gunakan mana-mana akaun sosial anda untuk proses pendaftaran atau boleh buat secara manual seperti dalam gambar rajah dibawah sini:

Tutorial Cara Daftar Ke Freepik

Selepas anda klik Sign Up. Anda akan dibawa masuk ke halaman seperti dalam gambar rajah dibawah, Klik button i accept the terms and conditions.

Tutorial Cara Daftar Ke Freepik

Seterusnya, isi kan butiran-butiran yang diperlukan seperti nama penuh, nombor IC, alamat dan sebagainya. Terakhir adalah upload gambar IC atau pasport anda di bahagian "Identification Document (Required)".

Tutorial Cara Daftar Ke Freepik

Selesai. Begitulah cara daftar akaun freepik, sekarang anda hanya perlu Upload hasil kerja anda sebanyak 20. Nasihat admin disini adalah, upload hasil kerja anda yang terbaik, tercantik, dan ter kreatif kerana jika anda sudah upload sebanyak 20 dan mempunyai beberapa hasil kerja anda copyright / kurang menarik. Akaun anda akan dibanned tanpa anda alasan. Ingat, peluang ini hanya sekali sahaja untuk 1 ID.

Rasanya, setakat di sini sahaja yang boleh admin kongsikan kepada anda, jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Sila tanggal kan ulasan anda pada ruangan komen yang telah admin sediakan dibawah sini. Sekian dan terima kasih.