Ahad, 26 Mei 2019

Cara Menambah, Hapus, Tukar Pemilik Blog di Blogger

Cara Menambah, Hapus, Tukar Pemilik Blog di Blogger

Daftar turiol rujukan mengenai bagaimana cara nak menghapuskan atau menukarkan pemilik admin blog kita kepada akaun google lain, langkah-langkah mendaftar atau menambahkan ahli member jadi penulis blog di blog kita.

Cara Menambah, Hapus, Tukar Pemilik Blog di Blogger

Berbeza dengan Wordpress, menghapuskan, menambahkan atau menukarkan ahli member dalam blog kita di blogger adalah dilakukan secara manual. Caranya sangat mudah, tetapi bagi mereka yang baru first time buat. Tidak menjadi masalah kerana langkah-langkahnya sangat mudah sekali, ikuti tutorial bertulis dan bergambar dibawah ini untuk lebih terperinci.

Cara Menambahkan Ahli Member di Blog Blogger:

Pergi ke Tetapan ➝ Asas ➝ Kebenaran ➝ Pengarang Blog ➝ masukkan alamat email yang anda ingin tambahkan ke blog anda dan klik Jemput pengarang.

Cara Menambah Pemilik Blog di Blogger

Selepas itu, Buka akaun email yang telah anda kirimkan tadi dan klik button Terima jemputan (Accpet invitation).

Cara Menambah Pemilik Blog di Blogger

Cara Menukarkan Pemilik Blog:

Pergi ke Tetapan  Asas  Kebenaran  Pengarang Blog. Selepas itu, pilihlah email yang anda ingin jadikan pemilik dengan cara ubah kepada pentadbir.

Cara Tukar Pemilik Blog di Blogger

Cara Menghapuskan Pemilik Blog:

Sebelum anda menghapuskan pemilik blog (atau email yang boleh mengakses penuh) di blog anda, sila pastikan anda sudah mempunyai 2 pentadbir.

Untuk cara pemadaman nya. Pertama, login selain akaun pentadbir (bukan akaun yang ingin dihapuskan) dan masuk ke blogger.

Pergi ke Tetapan  Asas  Kebenaran  Pengarang Blog  klik X pada email yang ingin dihapuskan daripada pemilik blog.

Cara Menambah, Hapus, Tukar Pemilik Blog di Blogger

Demikianlah cara menghapuskan, menambahkan atau menukarkan pemilik blog untuk platform yang menggunakan Blogger. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih.