Jumaat, 31 Mei 2019

Fl Studio Siri Terbaru 20.1.2 FLEX Beta

Fl Studio Siri Terbaru 20.1.2 FLEX Beta

Fl Studio 20.1.2 Versi FLEX Beta - adalah keluaran pada hari Ahad bersamaan dengan 14 April 2019 pada jam 23:54 di laman web rasmi image-line. Sebagai pengenalan, Fl Studio 20.1.2 Beta telahpun memperkenal kan satu plugin yang sangat hebat untuk instrument iaitu dipanggil sebagai FLEX Beta.

Fl Studio Siri Terbaru 20.1.2

Apa Itu FLEX BETA?

Flex Beta adalah instrument plugin terbaru dari Fl Studio. Plugin ini masih dalam percubaan (beta) dan kita boleh pasang secara percuma (trial) di Windows ataupun MAC sekarang juga. Berita baiknya, keluaran Siri Terbaru Fl Studio nanti akan turut serta dipasangkan ke Fl Studio Plugin secara kekal dan versi penuh. 

Antara fungsi yang boleh saya gambarkan kepada anda mengenai kegunaan instrument plugin ini ialah. Ia sama seperti plugin Fruity Parametric EQ 2, Fruity limiter dan Maximus. Jadi, maksudnya disini ialah, ketiga-tiga plugin ini disatukan menjadi satu dan diperbaharui dengan lebih berkualiti lagi. Dengan adanya plugin ini, penggunaan memori kita lebih jimat dan semestinya proses pembuatan muzik lebih mudah dan lancar.

Plugin FLEX ini kita boleh dapatkan secara percuma di Offical Website Image-Line. Ia support dengan Fl Studio versi 7 keatas. Kalau FL Studio dibawah generasi ke tujuh itu, admin belum pasti lah sama ada ia bekerja dengan baik ataupun tidak.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, persoalan, perkongsian dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian Daftar Turiol review teknologi untuk Fl Studio Siri Terbaru 20.1.2 FLEX Beta. Terima kasih!