Selasa, 21 Mei 2019

Kelebihan Sim Terbaru RedOne PrePaid

Kelebihan Sim Terbaru RedOne PrePaid

Apakah kelebihan dan kekurangan Sim maxis terbaru 2019 hotlink redONE prepaid di malaysia? Semak sini daftar turiol review mengenai apa itu sim redone prepaid, bagaimana cara semak atau beli data internet sim redone prepaid.

Wallpaper by godiondzgn

Tak sangka semenjak teknologi semakin moden, terdapat begitu banyak jenis sim baharu yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tertentu, namun yang peliknya di sini ialah, di Malaysia hanya menggunakan 3 jenis saluran telekomunikasi sahaja iaitu Digi, Maxis dan Celcom.

Menurut sumber yang telah admin baca dari sebuah artikel, setiap saluran ini mempunyai cabang-cabang yang tertentu. Walaupun menggunakan saluran yang sama, namun otak manusia lebih kreatif dalam bidang dunia IT untuk mencipta lebih banyak cabang dalam satu saluran sahaja. Hemmm, kalau lah admin tahu cara mencipta cabang yang dimaksudkan tu, perhhh boleh jadi jutawan sudah owhh.

Kelebihan Sim Terbaru RedOne PrePaid:

Sim RedOne Prepaid ini adalah sim terbaru yang menggunakan saluran rangkaian (lain) Maxis ya. Rujuk kelebihannya terkini dibawah sini untuk lebih terperinci.

1.   Setiap anda reload / top up / tambah nilai. Anda akan mendapat hadiah data 4G LTE percuma sebanyak:
Tambah Nilai Hadiah Tempoh Sah
RM10.00 1GB - 100MB/hari 10 hari tempoh sah
RM20.00 4GB - 200MB/hari 20 hari tempoh sah
RM30.00 9GB - 300MB/hari 30 hari tempoh sah
RM40.00 9GB - 300MB/hari 30 hari tempoh sah
RM50.00 9GB - 300MB/hari 30 hari tempoh sah

2.   Senarai harga untuk pembelian data tambahan (internet):
Kategori Langganan Harga Data
Harian RM3.00 1GB
Mingguan RM10.00 2GB
Bulanan RM30.00 5GB
Bulanan RM50.00 10GB

Yang best nya sim RedOne Prepaid ini adalah, setiap bulan kita akan mendapat hadiah pembaharuan automatik secara percuma. Hadiah ini hanya sekali sahaja dalam setiap bulan:
  • 1.5GB Data Internet.
  • 500MB 4G LTE.
  • 1GB Basic Internet.
  • Panggilan Percuma tanpa had antara redONE Prepaid sahaja.

Sebarang penambahan data, anda boleh buat pembelian melalui:
  • Dail *108# untuk membeli data tambahan.
  • Dail *124# untuk semak baki.

Sebarang update terbaru, akan admin kemas kini di sini. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, pertanyaan, persoalan dan lain-lain. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian untuk Kelebihan Sim Terbaru RedOne PrePaid - Daftar Turiol, terima kasih.