Selasa, 28 Mei 2019

Musiclab Real Guitar5 Plugin Audio (2019) VST

Musiclab Real Guitar5 Plugin Audio (2019) VST

Musiclab RealGuitar 5 adalah siri terbaru yang diterbitkan pada akhir tahun 2018 lalu, perbezaan antara Musiclab real guitar 5 dengan yang lama adalah sama sahaja cuma version terbaru Real Guitar 5 mempunyai banyak komponen berbanding dengan versi yang lama. Namun, secara keseluruhannya adalah tetap sama dari segi tatacara penggunaan dan cara berfungsi. Untuk lebih terperinci mengenai musiclab realguitar 5, anda boleh semak di laman web rasmi Musiclab 

Dalam siri musiclab realguitar 5 terbaru ini, kita boleh menukarkan kepada 2 jenis mode bunyi iaitu menukarkan kepada Realguitar Steel String dengan Realguitar Classic. Kedua-dua jenis mode ini akan kita rasai dari segi perbezaanya. Admin sendiri pun pernah menggunakan plugin ini dan hasilnya memang berkualiti.

Plugin Real Guitar ini support dengan mana-mana software music maker yang menerima format VST. Salah satunya adalah Fl Studio, GarageBand, Sonar dan sebagainya. Malahan, kita juga boleh memainkan plugin ini secara Open program iaitu version Stadalone.

Jika anda berminat dengan software ini, pastikan Os anda mempunyai sistem yang mencukupi supaya program ini berjalan dengan lancar.

Musiclab Real Guitar5 Plugin Audio (2019) VST

System Keperluan Musiclab Realguitar 5:

PC
  • Windows 7 SP1/8.1/10 32bit atau 64bit
  • VST2/VST3/AAX 32bit atau 64bit host
  • Minimum 2GB RAM
  • Lebih 5GB ruang cakera keras yang percuma.

MAC
  • OS X 10.9/10.10/10.11/10.12/10.13
  • VST2 32bit/VST3 64bit/AU/AAX  32bit atau 64bit host
  • Minimum 2GB RAM
  • Lebih 5GB ruang cakera keras yang percuma.

Software instrument ini sangat populer digunakan oleh masyarakat diluar sana. Jadi, bagi anda yang belum mencuba audio plugin ini. Dapatkan sekarang secara percuma di halaman tertentu atau anda juga boleh beli musiclab realguitar 5 di official website musiclab untuk lebih berkualiti.


Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih.