Rabu, 22 Mei 2019

Tahap Minimum Untuk Blog Diterima AdSense Terbaru

Tahap Minimum Untuk Blog Diterima AdSense Terbaru

Berapa tahap minimum untuk blog agar diterima google AdSense. Dari segi pengalaman, ada yang bilang 7 hari, 1 bulan, 6 bulan, mesti mempunyai 50 artikel lah, mempunyai trafik yang banyak, mesti blog custom domain, tidak copypaste dan macam-macam tips yang ada di internet.

Tahap Minimum Untuk Blog Diterima AdSense Terbaru

Semua itu betul, tapi hanya Google AdSense sahaja yang menentukan sama ada blog anda layak untuk iklan AdSense ataupun tidak.

Dari pengalaman saya, menjadi penerbit iklan Google AdSense adalah sangat lah susah. Tetapi, bila difikirkan, tak lah sesusah sangat. Yang penting perlu ada kesabaran dan kerajinan untuk update blog setiap hari.

Ini purata dan kesimpulan yang boleh saya kongsikan kepada anda agar diterima blog dari google AdSense.

  • Gunakan Custom domain seperti com. net. co. agar mudah diterima google AdSense nanti.
  • Usia Blog sekurang-kurangnya lebih dari 3 Bulan.
  • Akaun Google anda mesti genap 18 tahun.
  • Isi Blog Sekurang-kurangnya mempunyai lebih 50 artikel.
  • Jangan copypaste.
  • Fokus kan kepada 1 bahasa sahaja
  • Jangan buat content yang dilarang oleh kebajikan google AdSense.
  • Fokus kan satu jenis content terlebih dahulu, contohnya content photographer. Artikel photographer lah semua.
  • Tambahkan Halaman About blog, Contact, Tos, Privacy Policy dan disclaimer.
  • Yang paling penting adalah, blog mesti ada trafik. Bukan trafik dari orang-orang yang anda suruh, tetapi trafik semulajadi yang datang dari keyword carian Google.

Selebihnya, anda boleh semak syarat dan kebajikan di Google AdSense.


Jika anda sudah memenuhi kriteria di atas, tidak mustahil lagi blog anda tidak diterima Google AdSense. Kecuali, anda sudah pernah membuat pendaftaran Google AdSense lah secara Testing ataupun yang sudah berlalu. Saya cadangkan, daftar lah google AdSense apabila kriteria blog anda sudah memenuhi seperti dalam senarai di atas kerana proses review akan menjadi sangat singkat bagi akaun baru. Tak sampai 3hari ataupun 3 bulan pun. Tetapi hanya mengambil masa 1/2 jam sahaja.


Rasanya, setakat di sini sahaja yang boleh saya kongsikan kepada anda mengenai Tahap Minimum Untuk Blog Diterima AdSense Terbaru. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda di sana. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, perkongsian, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Terima kasih.

  1. Sabahan blogger juga rupanya.. sy mau follow tp xda tempat follow pula.. mana ya mau follow?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala, tida kena nampak bha pula kan?... Ada disini paling bawah. tidak pun buka jak link ini:

      https://www.blogger.com/follow.g?blogID=2271531520824162756

      Padam