Ahad, 9 Jun 2019

Macam Mana Membaiki Vcruntime140.dll Missing Error

Macam Mana Membaiki Vcruntime140.dll Missing Error

Baru-baru ini, saya telah mendownload sebuah game yang berjudul Generation Zero untuk di Pc saya. Setelah di install, saya cuba membukanya tetapi keluar error yang berbunyi "The Program can't start because VCRUNTIME140.dll is missing from yout computer. Try reinstalling the program to fix this problem."

Vcruntime140.dll Missing

Setelah disemak, ia bukan masalah dari file game ini tetapi masalah yang datang dari Windows sendiri. Mungkin game ini masih baru dan itulah sebabnya teknologi windows saya ini masih kurang dengan data-data baru kerana saya menggunakan Windows 7 Ultimate.

Cara Mengatasi Vcruntime140.dll Missing:

Terdapat 2 cara yang berbeza untuk membaiki masalah Vcruntime140.dll Missing ini. Bagi windows 7, anda perlu download dan install program ini windows6.1-KB976932-X64.exe. Anda boleh mendapatkan program ini secara percuma di laman web rasmi microsoft. 
Manakala, untuk Windows 8, 8.1 atau 10 pula. Anda perlu download dan install ini program ini Microsoft Visual C++ 2015 Redistributable Update 3. Klik button dibawah ini untuk mendapatkan program ini secara percuma di laman web rasmi microsoft.


Begitulah secara ringkas untuk cara membaiki masalah error Vcruntime140.dll Missing di Windows 7 ataupun di Windows 10. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda di bawah ini, Semoga perkongsian ini dapat membantu anda di sana. Terima kasih!