Selasa, 9 Julai 2019

3 Aplikasi Game Yang Pernah Menjadi Bualan Ramai

3 Aplikasi Game Yang Pernah Menjadi Bualan Ramai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pasti anda yang membaca sekarang ini ialah gamers kan? Haaa... Jadi, hari ini min nak kongsikan beberapa permainan video yang pernah menjadi bualan ramai sebelum ini selepas munculnya game-game yang baharu. 

POKEMON GO

3 Aplikasi Game Yang Pernah Menjadi Bualan Ramai

  Pokemon Go! Pasti anda pernah dengar atau pernah memainkan game ini. Game yang pernah melonjak naik ini dilepasklan pada pertengahan tahun 2016 lalu tapi malangnya kebanyakan pemain game ini merasa bosan ketika bermain permainan ini. Pada awalnya game ini dapat menarik sebanyak 50 juta orang akan tetapi pada akhirnya pengguna aktif game Pokemon Go sekarang ini kurang daripada 5 juta orang sahaja lagi. Jadi anda rasa apa penyebab penurunan game Pokemon Go ini?

CLASH OF CLAN

3 Aplikasi Game Yang Pernah Menjadi Bualan Ramai

  Game yang seterusnya ialah Clash of clan. Dulunya game COC ini pernah menjadi game yang paling disukai  dan hampir setiap pengguna smart phone memiliki game ini. Tetapi pada akhirnya game ini perlahan-lahan menurun kerana kemunculan game baru dan coc harus rela dengan kehilangan pengemarnya. Jadi apa yang anda rasakan kenapakah game coc ini dilupakan sila tinggalkan komen anda di bawah.

CLASH ROYALE

3 Aplikasi Game Yang Pernah Menjadi Bualan Ramai

  Game yang terakhir ialah Clash Royale. Selepas Clash of Clan, Clash Royale dibina untuk mengejar kejayaan yang pernah coc alami tetapi Clash Royale juga seperti game yang pertama iaitu Pokemon Go. Clash Royale hanya berjaya menarik peminatnya pada awalnya sahaja dan pada akhirnya pemain merasakan permainan ini tidak mencabar bagi mereka dan beralih kepada game yang lain.

Terdapat banyak lagi sebenarnya permainan video yang pernah menjadi popular pada tahun-tahun sebelumnya. Namun, tiga jenis game ini adalah antara yang menjadi perubahan sangat besar ke atas pengguna di seluruh negara.

Menurut kamu, apa pendapat anda?