Khamis, 4 Julai 2019

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Pada zaman yang serba canggih sekarang ini. Masyarakat lebih kerap membeli atau membuat urusan pembayaran secara atas talian (online). Namun, kadang kala terdapat segelintir tempat yang mungkin tidak mempunyai perkhidmatan khas untuk berurusan dengan jenis bank.

transfer wang Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Saya yakin, semua orang di Negara Malaysia 70% mempunyai akaun bank BSN. Oleh itu, disini akan saya kongsikan kepada anda tentang bagaimana cara kirim atau transfer duit dari mesin ATM BSN ke akaun bank lain seperti CIMB bank, mybank dan lain-lain.

Tak perlu deposit wang ke bank pusat, cukup hanya desposit wang anda ke BSN dan hantarkan ke bank lain dengan cara yang akan saya kongsikan dibawah ini.

Cara Transfer Wang Dari BSN Ke Bank Lain Guna ATM:

Langkah 1: Pergi ke mesin Atm BSN ➞ masukkan kad ➞ pilih bahasa melayu ➞ masukkan nombor pin BSN anda.

Langkah 2: Pada halaman utama mesin Atm BSN. Pilih Pindahan.

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Langkah 3: Kemudian, pilih Pindahan Segera (Wang).

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Langkah 4: Pilih Tekan untuk teruskan.

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Langkah 5: Selepas itu, sila masukkan amaun wang yang anda ingin transfer ➞ tekan YA jika sudah selesai.

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Langkah 6: Seterusnya, pilih jenis bank penerima. Jika tiada jenis bank dalam senarai tersebut, tekan lain-lain.

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Langkah 7: Kemudian, masukkan nombor akaun penerima.

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Langkah 8: Selepas itu, jika anda tidak mempunyai nombor rujukan / urusan. Abaikan dan tekan "Tekan jika betul".

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Langkah 9: Selepas itu, maklumat penghantaran wang akan terpapar. Jika betul dengan siapa yang anda kirim kan. Tekan "Tekan jika betul".

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Langkah 10: Akhir sekali, jika notis keluar "urusan telah berjaya diproses" . Maka transfer wang ke akaun bank lain telah pun berjaya dibuat.

Begini Cara Kirim Duit Dari BSN ke Cimb Guna ATM

Begitulah 10 step untuk cara transfer wang dari mesin ATM BSN ke akaun bank lain. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan, penambahan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!