Isnin, 19 Ogos 2019

Iklan Tentera Darat Malaysia Terbaru September 2019

Iklan Tentera Darat Malaysia Terbaru September 2019

Iklan Tentera Darat Malaysia Terbaru September 2019
Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang admin kasihi sekalian. Hari ini, admin mahu kongsikan sedikit perkongsian mengenai iklan jawatan kosong khusus kepada seluruh Malaysia dalam temuduga Tentera Darat Malaysia (TDM) terbaru 2019.

Iklan ini disiarkan kelmarin iaitu 18 Ogos 2019 dan kini admin pula yang bantu untuk kongsikan kepada anda tentang peluang kerjaya pengambilan september 2019 ini. Bagi mereka yang memerlukan atau minat dalam kerjaya ini. Boleh semak keterangan dibawah sini untuk lebih lanjut.

Pengambilan Tentera Darat Malaysia September 2019:

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI: 191 TAHUN 2019

KELAYAKAN AKADEMIK:
Memiliki Sijil SPM dan Setaraf. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
  1. B - Melayu
  2. B - Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik

UMUR:
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada 23 November 2019.

KELAYAKAN FIZIKAL (LELAKI):
  • Tinggi (minima) - 1.62m
  • Berat (minima) - 47.5kg
  • Body Mass Index (B/T/T) - 18.0 - 26.0

KELAYAKAN TAMBAHAN:
  • Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang teknologi maklumat.
  • Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI PROSES PEMILIHAN AKHIR

UJIAN PEMILIHAN AKHIR PEMERIKSAAN KESIHATAN:

Ujian Kecergasan:
1. Larian 2.4km - 14minit
2. Tekan Tubi - 40kali
3. Bangkit Tubi - 40kali

Ujian Bertulis:
1. Ujian Kecerdasan Akal
2. Ujian Psikologi

GAJI
SKIM KEMASUKAN:
  • Perajurit Muda - RM1,459.00 (gaji permulaan)
  • SPM/SVM - RM1,564.00 (gaji permulaan)
  • SKM TAHAP 2 - RM1,630.01 (gaji permulaan)
  • SKM TAHAP 3 - RM1,696.02 (gaji permulaan)
  • DIPLOMA PERUBATAN - RM1,894.05 (gaji permulaan)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN - RM2,026.07 (gaji permulaan)

ELAUN DAN KEMUDAHAN
  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elaun Imbuhan Perumahan
  6. Elaun Perjalanan
  7. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/komputer
  8. Rawatan Perubatan
  9. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
  10. Insuran Kelompok Koperasi Tentera
  11. Peluang Melanjutkan Pelajaran
  12. Kemudahan Kediaman

ADAKAH ANDA BERANI & BERMINAT
Sila hadirkan siri anda ke lokasi pemilihan awal bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.

PUSAT PEMILIHAN

ZON UTARA:

4 Sept 2019 - REJ 504 AW, KEM BUKIT KETERI, KANGAR, PERLIS

6 & 7 Sept 2019 - REJ 513 AW, KEM BUKIT PINANG, ALOR SETAR, KEDAH

9 Sept 2019 - BN KE-2 REJ 513 AW, KEM JALAN BUKIT, KULIM, KEDAH

11 Sept 2019 - BN 1 REJ 509 AW, KEM BATU UBAN, PULAU PINANG

13 Sept 2019 - REJ 503 AW, KEM JALAN TAMBUN, IPOH, PERAK


ZON TENGAH & SELATAN:

4 Sept 2019 - REJ 501 AW, KEM TEBRAU, JOHOR

6 Sept 2019 - MSS KLUANG, KEM MAHKOTA, KLUANG, JOHOR

8 & 9 Sept 2019 - MK 12 BGD, KEM WARDIEBURN, KUALA LUMPUR

11 Sept 2019 - REJ 514 AW, KEM BUKIT BERUANG, MELAKA

13 Sept 2019 - REJ 508 AW, KEM RASAH, SEREMBAN, NS


ZON TIMUR:

4 Sept 2019 - MSS TEMERLOH, KEM BT 3, TEMERLOH, PAHANG

6 Sept 2019 - BN 1, REJ 505 AW, KEM SRI KUANTAN, KUANTAN, PAHANG

8 Sept 2019 - 18 RAMD PARA, KEM SRI PANTAI, TERENGGANU

10 & 11 Sept 2019 - MSS DESA PAHLAWAN, KOTA BHARU, KELANTAN

13 Sept 2019 - 8 RAMD, KEM LIPIS, K.LIPIS, PAHANG


ZON SABAH:

7 & 8 Sept 2019 - MSS LOK KAWI, KOTA KINABALU, SABAH

10 Sept 2019 - 22 RAMD, KEM SRI KINABATANGAN, SANDAKAN, SABAH

12 Sept 2019 - BN 8 RS, KEM SAN SHUI, TAWAU, SABAH


ZON SARAWAK:

7 & 8 Sept 2019 - MK 3 BGD, KEM PENRISSEN, KUCHING, SARAWAK

10 Sept 2019 - 3 RRD, KEM OYA, SIBU, SARAWAK

12 Sept 2019 - 20 RAMD, KEM SRI MIRI, MIRI, SARAWAK


BAWA BERSAMA DOKUMEN:
  1. Kad Pengenalan (Asal & Salinan)
  2. Sijil SPM (Asal & Salinan)
  3. Salinan Sijil Kematian Ibu/bapa (bagi yg ibubapa meninggal dunia)
  4. Sijil Berhenti Sekolah (Asal & Salinan)
  5. Salinan Sijil Nikah & Sijil Kelahiran anak (berkahwin sahaja)
  6. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/waris terdekat
  7. Sijil Diploma dan Transkrip (Asal & Salinan)
  8. Sekeping Gambar Berukuran Passport
  9. Sampul Surat Pos Ekspress (Calon Sabah/Sarawak)

PAKAIAN SEMASA HADIR KE PUSAT PEMILIHAN AWAL ADALAH:
  1. Baju Kemeja Putih lengan panjang.
  2. Seluar panjang gelap & berkasut.

MAKLUMAT LANJUT
Sila Layari web rasmi: army.mod.gov.my

Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
(Tel: 03-2071 6030/3926/4254)

  1. Boleh pakai slip keputusan SPM tak bagi lepasan SPM 2018? Sijil SPM belum keluar lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya boleh kot. Sebab, hari tu, ada juga adik ipar admin g temuduga polis 2 tahun yang lepas. Dan diterima juga tanpa sijil SPM. Hanya slip keputusan jee.

      Padam
    2. x pasti pula kalau tentera.

      admin rekomen "cuba jak". siapa tahu disana rezeki kamu? aminnn

      Padam