Isnin, 5 Ogos 2019

Teknik Belajar Forex Yang Benar & Berkesan

Teknik Belajar Forex Yang Benar & Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Hari ini, saya nak kongsikan serba sedikit tentang teknik-teknik forex yang berkesan.

Ramai mereka yang merahi profit dengan bantuan teknik ini. Oleh itu, disini akan saya cuba kongsikan kepada anda mengenai teknik ini hasil daripada tunjuk ajar Tuan Nordin Abdullah (IB Insta Forex Sabah).

Teknik Forex Yang Berkesan:

  1. Pertama, buka MT4 atau MT5 anda.
  2. Lepas tu, tambahkan indicator Moving Average sebanyak 3 jenis dan ikut setting dibawah ini.

Teknik Belajar Forex Yang Benar & Berkesan

Cara Penggunaan Teknik Moving Average 3 sahabat:

Opss, sebelum terlupa. Teknik ini dipanggil sebagai moving Average 3 sahabat. Jadi, untuk tatacara penggunaan teknik ini ialah amat lah mudah.

Jika ketiga-tiga garisan ini bersilang, maka perubahan candlestick pattern akan dapat kita lihat nanti. Contohnya seperti dalam gambar rajah dibawah ini:

Teknik Belajar Forex Yang Benar & Berkesan

Cara membezakan antara candlestick pattern menurun ataupun menaik adalah melihat kedudukan garisan biru. Jika garisan biru bersilang dan berada di atas, maka candlestick akan turun. Manakala jika garisan biru bersilang dan berada di bawah, maka candlestick akan naik.

Teknik ini tidak 100% valid. Saya tidak cadangkan untuk anda entry jika berlaku sebarang persilangan antara ketiga-tiga garisan ini kerana tidak semua garisan bersilang ini tepat. 

Untuk lebih tepat dan 100% valid teknik ini adalah berlaku persilangan di antara satu titik yang sama. Contohnya seperti dalam gambar dibawah ini:

Teknik Belajar Forex Yang Benar & Berkesan

Jika anda jumpa persilangan seperti dalam gambar diatas ini. Jangan ragu dan jangan segan untuk Entry SELL .

Begitulah teknik mudah daripada perkongsian saya. Jika anda mempunyai sebarang pencerahan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk terbitkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!