Khamis, 12 September 2019

Difitnah Isteri Ditembak Suami Sendiri

Difitnah Isteri Ditembak Suami Sendiri

Difitnah Isteri Ditembak Suami Sendiri
Hari ini 12 September 2019. Tular satu video wanita ditembak mati oleh suami sendiri atas sebab isteri didakwa curang dengan suami.

Cerita sebenarnya ialah begini. Menurut sumber, wanita tersebut telah bekerja ke luar negara. Selepas ia kembali ke kampung halaman, wanita tersebut difitnah oleh orang sekelilingnya. Difahamkan, kerana cemburu terhadap kesenangan yang diperolehi oleh wanita tersebut setelah bekerja di luar negara.

Dikatakan, wanita tersebut pulang ke kampung adalah untuk menemui suaminya. Namun begitu, kerana suaminya itu lebih mempercayai fitnah yang dilontarkan oleh orang sekelilingnya. Suami tersebut membuat keputusan untuk membunuh isterinya dengan tembakan menggunakan pistol.

Lebih menyedihkan lagi ialah, wanita tersebut sempat melaksana kan sembahyang sebelum ditembak dengan keadaan berpakaian pengantin.

Dalam video tersebut, wanita sempat mengucapkan kata-kata terakhir kepada suaminya. "Lebih baik saya mati di tangan mu kalau kamu lebih mempercayai fitnah orang". Selepas mendengarinya, suaminya terus melepaskan tembakan ke arah wanita tersebut.

Jadi itu lah dia ceritanya, cukup sampai disini sahaja perkongsian antara kisah seorang suami isteri yang dilontarkan fitnah. Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah tersebut adalah, Janganlah kita melakukan fitnah kerana fitnah itu amat dahsyat kepada seseorang.


Dan... Jika kita dilontarkan fitnah. Jangan menyerah, jangan takut dan jangan sesekali bertindak. Selidik terlebih dahulu sebelum membuat yang lebih dahsyat.