Jumaat, 20 September 2019

Pengalaman Guna Safelink Google Adsense Selamat?

Pengalaman Guna Safelink Google Adsense Selamat?

Pengalaman Guna Safelink Google Adsense Selamat?
Review menggunakan atau memasang blog template safelink iklan google AdSense dibanned masih aman untuk tahun 2019? Ramai yang masih tertanya-tanya "Adakah menggunakan template safelink masih selamat untuk iklan Google AdSense ataupun Tidak".

Pengalaman Guna Safelink Google AdSense Aman?

Sebenarnya, ini bukan pengalaman admin sendiri tetapi pengalaman yang admin petik dari salah seorang sahabat admin. Beliau dibanned Google AdSense selepas sahaja beliau menggunakan template safelink. Jadi, saya cuba kongsikan ceritanya secara ringkas disini sebagai peringatan untuk kita semua sebelum bertindak.

Pada tanggal sekian, beliau buat satu blogspot dan diterima oleh Google AdSense. Diringkas kan cerita, beliau mempunyai blog download. Jadi, beliau jadikan blog blogspot tadi sebagai lalu lintas trafik. 

Beliau pasang kan template safelink dan turut serta pasang kan iklan Google Adsense. Pada hari pertama, memang Google AdSense berjalan dengan lancar sehinggalah pada ambang pembayaran iaitu akhir bulan. Tetapi, selepas akhir bulan kedua pula. Beliau mendapat email dari google adsense yang mana dalam email tersebut mengatakan bahawa "akaun disekat" !!!!

Kesimpulan nya adalah, jangan lah kita bersifat tamak. Cukuplah satu sahaja, yang penting selamat dan aman makmur. Kita pun sudah sedia maklum bahawa, membuat safelink itu melanggar TOS google AdSense. Kenapa? sebab kita sajikan link yang melanggar hak cipta, memaksa trafik click iklan dan berlaku ke tidak adilan disitu. Untuk lebih lanjut lagi, boleh semak TOS google AdSense.

Rasanya, setakat disini sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga perkongsian ini berguna untuk kita semua. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, pertanyaan dan lain-lain. Jangan malu untuk komen dibawah sini.