Rabu, 4 September 2019

Tempat Pelancongan Menarik Di Daerah Tambunan

Tempat Pelancongan Menarik Di Daerah Tambunan

Tempat Pelancongan Menarik Di Daerah Tambunan
Daerah Tambunan terletak di tengah-tengah antara Kota kinabalu, Ranau dan Keningau. Jarak dari bandar Kota Kinabalu (KK) ke Tambunan adalah lebih kurang 70/80 Km.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke daerah Tambunan memang agak mencabar kerana kawasan yang berbukit-bukau. Malahan, ia akan menjadi salah satu pengalaman kerana pemandangan alam flora yang cukup indah, kehijauan dan segar.

Tambunan juga diberi gelaran “The Switzerland of the East” kerana pengalaman yang anda akan alami di Tambunan nanti adalah seakan-akan berada di negara tersebut.

Sebelum anda merancang bercuti atau melancong ke daerah Tambunan bersama keluarga ataupun sebagainya. Pastikan anda berada di senarai tempat-tempat pelancongan yang menarik di Tambunan disini.

Tugu Pahlawan Daerah Tambunan:

Tuguh ini dikenali sebagai Tugu pahlawan terdahulu. Ia sebagai peringatan kepada semua warga Tambunan mengenai sejarah penubuhan daerah Tambunan terdahulu.

Tugu Daerah Tambunan

Tuguh ini terletak di pekan Tambunan, ia berhampiran dengan Tamu besar Tambunan atau lebih dikenali sebagai Sorompon.


Sinurambi Tambunan (Tambunan Viewing Point):

Kalau tidak silap saya, tempat ini dinaik taraf pada tahun 2015 dan kini menjadi salah satu titik pemandangan yang menarik di Daerah tambunan.

Tambunan Sinurambi

Ia berada pada atas bukit Daerah Tambunan. Jika kita berada di bawah pekan Tambunan. Memang akan terlihat jelas dari atas. Jarak antara tempat ini ke pekan Tambunan adalah lebih kurang 7/8 Km.


Gunung Wakid Tambunan:

Jika anda seorang yang suka mendaki. Daerah Tambunan pun mempunyai tempat yang sesuai untuk anda hiking.

Gunung Wakid Tambunan

Ia tidaklah setinggi macam Gunung Kinabalu. Perjalanan kaki boleh sampai lebih kurang beberapa jam sahaja untuk sampai ke puncak.


Air Terjun Mahua:

Mahua Tambunan

Air terjun mahua ini terletak di simpang Jalan Sk. Patau dan 14km dari pekan Tambunan. Ketinggian air terjun ini adalah lebih kurang 17 meter dan ke dalamannya lebih kurang 1.3 meter.

Tempat ini sangat sesuai untuk berkelah, malah kemudahan berkelah juga disediakan seperti tempat BBQ, tandas, dan pondok.