Isnin, 25 November 2019

Cara Mendaftar Akaun KWSP Online

Cara Mendaftar Akaun KWSP Online

Cara Mendaftar Akaun KWSP Online
Tutorial Bagaimana cara mendaftar akaun KWSP Secara Online dengan hanya menggunakan telefon Android / IOs ataupun laptop. Khas kepada mereka yang memiliki akaun KWSP agar mudah untuk kita semak baki wang / jumlah / perkembangan secara online.

Namun, sebelum lanjut. Saya nak minta bantuan kecil daripada anda untuk tekan iklan dibawah ini 👇 sebagai sumbangan ikhlas anda kepada blog ini walaupun sekali sahaja, kerana 1 klik adalah sangat berharga daripada kami sebagai seorang blogging 😢😢.




Bagaimana Cara Daftar Akaun KWSP Online?

Sebelum mengikuti tutorial ini. Pastikan anda sudah mempunyai akaun KWSP yang berdaftar ke cawangan-cawangan pejabat KWSP yang berkaitan.

1. Pertama, pergi ke pejabat KWSP yang berdekatan.
2. Cari mesin (rupanya macam mesin ATM).
3. Masukkan kad pengenalan di Mesin tersebut.
4. Check nama dan nombor IC - masukkan nombor telefon.
5. Tunggu sehingga nombor TAC itu sampai di nombor telefon anda.
6. Balik rumah, dan buka laptop / komputer.

*Jika masih belum faham, anda boleh minta bantuan daripada pegawai / pekerja disitu. Cakap "Ajarakan saya cara daftar nombor telefon untuk akaun KWSP online"*

Selepas itu, daftar akaun kwsp anda melalui i-akaun ahli. Anda boleh rujuk tutorial lengkap dibawah ini untuk cara daftar i-akaun KWSP.
https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/131635/Panduan+Ringkas+Pengaktifan+i-Akaun+Ahli_EN.pdf/e0bf9af9-04db-7abc-8dc6-b8bb13559d83

Selepas anda berjaya mendaftar akaun KWSP i-akaun. Maka anda boleh dha log masuk akaun KWSP anda secara online melalui APPS yang telah disediakan di Google Play Store ataupun melalui laman web rasmi KWSP disini:

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Semoga tutorial ringkas mengenai Cara Mendaftar Akaun KWSP Online ini dapat membantu anda disana. Sekian dan terima kasih!