Rabu, 6 November 2019

Menu Makanan Paling Populer Di Merotai

Menu Makanan Paling Populer Di Merotai

Menu Makanan Paling Populer Di Merotai
Beberapa minggu yang lepas 26 hingga 28 Oktober 2019. Saya dan juga rakan sepasukan yang lain telah mengadakan aktiviti pelancongan ke Semporna anjuran daripada USIA bahagian Tambunan Sabah.

Kami mulakan perjalanan bermula dari dearah Tambunan - Ranau - Telupid - Sandakan - Kinabatangan - Kunak - Lahad Datu dan ke Semporna. Selepas selesai aktiviti pelancongan ke daerah Semporna Sabah. Kami teruskan perjalanan balik melalui jalan Tawau - merotai - Sapulut - Kalabakan - Keningau - Tambunan.

So, semasa dalam perjalanan balik. Saya dan juga rakan sepasukan yang lain telah pun singa ke salah satu kedai yang terdekat di Merotai. Kalau tidak silap saya, nama restoran tersebut adalah Kedai Maskur Merotai.

Menu Makanan Paling Populer Di Merotai

Pada ketika itu, saya pun tak tahu nak order apa kepada pelayan. Nasib baik lah ada sahabat saya bilang "Kami mau order menu yang paling special di Restoran ini" katanya. 

Whaaa, tidak lama kemudian. Menu pun sampai kat meja kami. Nampak seperti soto / sop biasa. Setelah dicuba, ternyata? whaaaaaaaaaa... Lain daripada yang lain rasanya! 

Menu Makanan Paling Populer Di Merotai

Nama menu ini adalah SOP MAKASSAR versi kedai Maksur Meratoi. Jadi, kepada anda yang belum mencuba sop makasar versi kedai maskur meratoi ini. Cuba lah sekarang bila anda lalu ke sini kerana rasa sop ini bukan kaleng-kaleng.

Itulah dia menu terbaik  setakat ini yang pernah saya rasa. Untuk pengetahuan juga, soto makassar ini adalah antara menu yang sangat digemari oleh pelanggan-pelanggan kedai maskur meratoi ini di setiap tahunan. Malahan, menjadi salah satu budaya masyarakat disana untuk pelengkap makanan hidangan mereka.