Rabu, 21 Ogos 2019

Tutorial Cara Buat Match Content Adsense


Tutorial Cara Buat Match Content Adsense
Bercakap mengenai iklan Matched Content google AdSense. Match content AdSense adalah iklan yang berupa seperti Related Posts. Namun, yang istimewa nya adalah... AdSense matched content ini menggunakan blog post kita sebagai iklan. Jadi, ini merupakan salah satu peluang yang besar lah untuk kita mendapatkan jumlah klik daripada trafik.

Bagaimana Cara Buat Match Content Google AdSense?

Bagi mereka yang sudah mempunyai account AdSense. Tentunya, iklan match content ini tidak tersedia. Kenapa? sebab kemungkinan besar account AdSense anda masih belum layak untuk menggunakan iklan Matched content ini. 

Jangan risau kerana iklan matched content ini akan datang sendiri selepas anda dianggap layak oleh google AdSense. Anda boleh semak di halaman AdsAd Units → Matched Content nanti. 

Tutorial Cara Buat Match Content Adsense

Dari segi pengalaman saya sebagai publisher Google AdSense. Saya dapat iklan Matched Content ini selepas 2 bulan waktu penggunaan Google AdSense. Tiada notifiction email yang diberi, tetapi ia datang sendiri melalui semakan saya ke Ads → Ad Units.

Sekian perkongsian untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan & sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk komen dibawah sini. Terima kasih!

Selasa, 4 Jun 2019

Menukarkan Mata Wang USD Ke MYR di Google AdSense


Menukarkan mata wang Dolar Amerika kepada wang ringgit malaysia di Google AdSense adalah sangat penting bagi kita untuk mengetahui berapa nilai untuk setiap satu sen sebab harga mata wang tidak menentu di pasaran antara bangsa. Kadangkala hari ini naik RM4.50 untuk 1$, esok lusa pula naik lagi RM5 untuk 1$.

Menukarkan Mata Wang USD Ke MYR di Google Adsense

Tetapi pada dasarnya, mata wang Amerika adalah nilai yang paling tepat kerana ia tidak dilibatkan kepada nilai pasaran mata wang. 

Bagaimana Cara Menukarkan Mata Wang Usd Ke MYR (ringgit Malaysia) di Google AdSense?

Semenjak hari ini, Google AdSense tidak lagi boleh mengubah laporan nilai monetari AdSense kita kerana kemungkinan besar nilai tersebut tidak benar sepenuhnya disebabkan oleh turun naik mata wang. 

Kita hanya boleh melihat sahaja namun tidak untuk mengubah jenis mata wang sebagai laporan tetap di Google AdSense. Cara melihat mata wang USD ke MYR di laporan google AdSense kita telah pun saya sediakan langkah-langkah dibawah sini.

Pertama, pergi ke RepotsDefault Report ➞ tukarkan USD kepada MYR (Malaysia Ringgit).

Begitulah cara mudah untuk menukarkan nilai mata wang USD Ke MYR (Malaysia Ringgit) di Google AdSense kita. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda di sana dan jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Terima kasih!

Rabu, 22 Mei 2019

Tahap Minimum Untuk Blog Diterima AdSense Terbaru


Berapa tahap minimum untuk blog agar diterima google AdSense. Dari segi pengalaman, ada yang bilang 7 hari, 1 bulan, 6 bulan, mesti mempunyai 50 artikel lah, mempunyai trafik yang banyak, mesti blog custom domain, tidak copypaste dan macam-macam tips yang ada di internet.

Tahap Minimum Untuk Blog Diterima AdSense Terbaru

Semua itu betul, tapi hanya Google AdSense sahaja yang menentukan sama ada blog anda layak untuk iklan AdSense ataupun tidak.

Dari pengalaman saya, menjadi penerbit iklan Google AdSense adalah sangat lah susah. Tetapi, bila difikirkan, tak lah sesusah sangat. Yang penting perlu ada kesabaran dan kerajinan untuk update blog setiap hari.

Ini purata dan kesimpulan yang boleh saya kongsikan kepada anda agar diterima blog dari google AdSense.

  • Gunakan Custom domain seperti com. net. co. agar mudah diterima google AdSense nanti.
  • Usia Blog sekurang-kurangnya lebih dari 3 Bulan.
  • Akaun Google anda mesti genap 18 tahun.
  • Isi Blog Sekurang-kurangnya mempunyai lebih 50 artikel.
  • Jangan copypaste.
  • Fokus kan kepada 1 bahasa sahaja
  • Jangan buat content yang dilarang oleh kebajikan google AdSense.
  • Fokus kan satu jenis content terlebih dahulu, contohnya content photographer. Artikel photographer lah semua.
  • Tambahkan Halaman About blog, Contact, Tos, Privacy Policy dan disclaimer.
  • Yang paling penting adalah, blog mesti ada trafik. Bukan trafik dari orang-orang yang anda suruh, tetapi trafik semulajadi yang datang dari keyword carian Google.

Selebihnya, anda boleh semak syarat dan kebajikan di Google AdSense.


Jika anda sudah memenuhi kriteria di atas, tidak mustahil lagi blog anda tidak diterima Google AdSense. Kecuali, anda sudah pernah membuat pendaftaran Google AdSense lah secara Testing ataupun yang sudah berlalu. Saya cadangkan, daftar lah google AdSense apabila kriteria blog anda sudah memenuhi seperti dalam senarai di atas kerana proses review akan menjadi sangat singkat bagi akaun baru. Tak sampai 3hari ataupun 3 bulan pun. Tetapi hanya mengambil masa 1/2 jam sahaja.


Rasanya, setakat di sini sahaja yang boleh saya kongsikan kepada anda mengenai Tahap Minimum Untuk Blog Diterima AdSense Terbaru. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda di sana. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, perkongsian, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Terima kasih.