Selasa, 10 September 2019

Blogger Upgrade Perkenalkan Halaman Baru


Blogger Upgrade Perkenalkan Halaman Baru
Hari ini 09 October 2019. Blogger telah memperkenal kan beberapa komponen / halaman baharu iaitu statistik. Ini adalah merupakan sejarah pertama kali Blogger membuat perubahan / Upgrade ke atas platform mereka.

Jika anda lihat pada halaman statistik blogger anda, kita akan lihat button dibawah "cuba halaman baharu".

Blogger upgrade baru

Menurut notice dari Blogger ini, mereka akan upgrade secara beransur-ansur untuk komponen yang boleh berfungsi dengan baik setakat ini dan kemudian akan dilancarkan tidak lama lagi secara penuh pada masa akan datang.

"Blogger memperkenalkan beberapa halaman baharu secara beransur-ansur yang berfungsi dengan baik pada peranti mudah alih. Perhatikan hal ini dalam beberapa bulan akan datang apabila halaman ini dilancarkan. Untuk bermula, semak Statistik, Ulasan dan Tema"

Semoga segala urusan berjalan dengan baik. Kami sebagai pengguna Blogger sangat menghargai jasa anda. #daftarturiol 

Ahad, 8 September 2019

Senarai Ping Blog Terbaik 2019


Senarai Ping Blog Terbaik 2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Hari ini, saya mahu kongsikan kepada anda tentang senarai perkhidmatan ping blog terbaik 2019 yang dikatakan masih berfungsi, bekerja dan berguna untuk bloggers.

Kenapa saya kongsikan "senarai ping blog 2019" ini? sebab kebanyakan laman web ping sebelumnya telahpun hilang dari pandangan 2019. Contohnya seperti Ping Busuk, Ping Bomb, pinglah, guablog dan banyak lagi. Oleh sebab itu, izinkan saya untuk kongsikan kepada anda yang baharu. Semoga perkongsian ini berguna untuk kita semua.

Senarai Ping Blog Terbaik 2019:

Ini dia senarai laman web Ping Blog yang masih berfungsi terbaru 2019:

Terdapat banyak lagi ping blog sebenarnya tetapi ini sahaja senarai rutin yang admin buat untuk ping site daftarturiol.com ini. Semoga perkongsian ini berguna untuk kita semua dan,,,, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, pencerahan dan sebagainya. Jangan malu n jangan segan untuk tinggalkan komen anda dibawah sini. Terima kasih!

Rabu, 4 September 2019

Tempat Pelancongan Menarik Di Daerah Tambunan


Tempat Pelancongan Menarik Di Daerah Tambunan
Daerah Tambunan terletak di tengah-tengah antara Kota kinabalu, Ranau dan Keningau. Jarak dari bandar Kota Kinabalu (KK) ke Tambunan adalah lebih kurang 70/80 Km.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke daerah Tambunan memang agak mencabar kerana kawasan yang berbukit-bukau. Malahan, ia akan menjadi salah satu pengalaman kerana pemandangan alam flora yang cukup indah, kehijauan dan segar.

Tambunan juga diberi gelaran “The Switzerland of the East” kerana pengalaman yang anda akan alami di Tambunan nanti adalah seakan-akan berada di negara tersebut.

Sebelum anda merancang bercuti atau melancong ke daerah Tambunan bersama keluarga ataupun sebagainya. Pastikan anda berada di senarai tempat-tempat pelancongan yang menarik di Tambunan disini.

Tugu Pahlawan Daerah Tambunan:

Tuguh ini dikenali sebagai Tugu pahlawan terdahulu. Ia sebagai peringatan kepada semua warga Tambunan mengenai sejarah penubuhan daerah Tambunan terdahulu.

Tugu Daerah Tambunan

Tuguh ini terletak di pekan Tambunan, ia berhampiran dengan Tamu besar Tambunan atau lebih dikenali sebagai Sorompon.


Sinurambi Tambunan (Tambunan Viewing Point):

Kalau tidak silap saya, tempat ini dinaik taraf pada tahun 2015 dan kini menjadi salah satu titik pemandangan yang menarik di Daerah tambunan.

Tambunan Sinurambi

Ia berada pada atas bukit Daerah Tambunan. Jika kita berada di bawah pekan Tambunan. Memang akan terlihat jelas dari atas. Jarak antara tempat ini ke pekan Tambunan adalah lebih kurang 7/8 Km.


Gunung Wakid Tambunan:

Jika anda seorang yang suka mendaki. Daerah Tambunan pun mempunyai tempat yang sesuai untuk anda hiking.

Gunung Wakid Tambunan

Ia tidaklah setinggi macam Gunung Kinabalu. Perjalanan kaki boleh sampai lebih kurang beberapa jam sahaja untuk sampai ke puncak.


Air Terjun Mahua:

Mahua Tambunan

Air terjun mahua ini terletak di simpang Jalan Sk. Patau dan 14km dari pekan Tambunan. Ketinggian air terjun ini adalah lebih kurang 17 meter dan ke dalamannya lebih kurang 1.3 meter.

Tempat ini sangat sesuai untuk berkelah, malah kemudahan berkelah juga disediakan seperti tempat BBQ, tandas, dan pondok.

Isnin, 19 Ogos 2019

Iklan Tentera Darat Malaysia Terbaru September 2019


Iklan Tentera Darat Malaysia Terbaru September 2019
Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang admin kasihi sekalian. Hari ini, admin mahu kongsikan sedikit perkongsian mengenai iklan jawatan kosong khusus kepada seluruh Malaysia dalam temuduga Tentera Darat Malaysia (TDM) terbaru 2019.

Iklan ini disiarkan kelmarin iaitu 18 Ogos 2019 dan kini admin pula yang bantu untuk kongsikan kepada anda tentang peluang kerjaya pengambilan september 2019 ini. Bagi mereka yang memerlukan atau minat dalam kerjaya ini. Boleh semak keterangan dibawah sini untuk lebih lanjut.

Pengambilan Tentera Darat Malaysia September 2019:

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI: 191 TAHUN 2019

KELAYAKAN AKADEMIK:
Memiliki Sijil SPM dan Setaraf. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
  1. B - Melayu
  2. B - Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik

UMUR:
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada 23 November 2019.

KELAYAKAN FIZIKAL (LELAKI):
  • Tinggi (minima) - 1.62m
  • Berat (minima) - 47.5kg
  • Body Mass Index (B/T/T) - 18.0 - 26.0

KELAYAKAN TAMBAHAN:
  • Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang teknologi maklumat.
  • Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI PROSES PEMILIHAN AKHIR

UJIAN PEMILIHAN AKHIR PEMERIKSAAN KESIHATAN:

Ujian Kecergasan:
1. Larian 2.4km - 14minit
2. Tekan Tubi - 40kali
3. Bangkit Tubi - 40kali

Ujian Bertulis:
1. Ujian Kecerdasan Akal
2. Ujian Psikologi

GAJI
SKIM KEMASUKAN:
  • Perajurit Muda - RM1,459.00 (gaji permulaan)
  • SPM/SVM - RM1,564.00 (gaji permulaan)
  • SKM TAHAP 2 - RM1,630.01 (gaji permulaan)
  • SKM TAHAP 3 - RM1,696.02 (gaji permulaan)
  • DIPLOMA PERUBATAN - RM1,894.05 (gaji permulaan)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN - RM2,026.07 (gaji permulaan)

ELAUN DAN KEMUDAHAN
  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elaun Imbuhan Perumahan
  6. Elaun Perjalanan
  7. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/komputer
  8. Rawatan Perubatan
  9. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
  10. Insuran Kelompok Koperasi Tentera
  11. Peluang Melanjutkan Pelajaran
  12. Kemudahan Kediaman

ADAKAH ANDA BERANI & BERMINAT
Sila hadirkan siri anda ke lokasi pemilihan awal bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.

PUSAT PEMILIHAN

ZON UTARA:

4 Sept 2019 - REJ 504 AW, KEM BUKIT KETERI, KANGAR, PERLIS

6 & 7 Sept 2019 - REJ 513 AW, KEM BUKIT PINANG, ALOR SETAR, KEDAH

9 Sept 2019 - BN KE-2 REJ 513 AW, KEM JALAN BUKIT, KULIM, KEDAH

11 Sept 2019 - BN 1 REJ 509 AW, KEM BATU UBAN, PULAU PINANG

13 Sept 2019 - REJ 503 AW, KEM JALAN TAMBUN, IPOH, PERAK


ZON TENGAH & SELATAN:

4 Sept 2019 - REJ 501 AW, KEM TEBRAU, JOHOR

6 Sept 2019 - MSS KLUANG, KEM MAHKOTA, KLUANG, JOHOR

8 & 9 Sept 2019 - MK 12 BGD, KEM WARDIEBURN, KUALA LUMPUR

11 Sept 2019 - REJ 514 AW, KEM BUKIT BERUANG, MELAKA

13 Sept 2019 - REJ 508 AW, KEM RASAH, SEREMBAN, NS


ZON TIMUR:

4 Sept 2019 - MSS TEMERLOH, KEM BT 3, TEMERLOH, PAHANG

6 Sept 2019 - BN 1, REJ 505 AW, KEM SRI KUANTAN, KUANTAN, PAHANG

8 Sept 2019 - 18 RAMD PARA, KEM SRI PANTAI, TERENGGANU

10 & 11 Sept 2019 - MSS DESA PAHLAWAN, KOTA BHARU, KELANTAN

13 Sept 2019 - 8 RAMD, KEM LIPIS, K.LIPIS, PAHANG


ZON SABAH:

7 & 8 Sept 2019 - MSS LOK KAWI, KOTA KINABALU, SABAH

10 Sept 2019 - 22 RAMD, KEM SRI KINABATANGAN, SANDAKAN, SABAH

12 Sept 2019 - BN 8 RS, KEM SAN SHUI, TAWAU, SABAH


ZON SARAWAK:

7 & 8 Sept 2019 - MK 3 BGD, KEM PENRISSEN, KUCHING, SARAWAK

10 Sept 2019 - 3 RRD, KEM OYA, SIBU, SARAWAK

12 Sept 2019 - 20 RAMD, KEM SRI MIRI, MIRI, SARAWAK


BAWA BERSAMA DOKUMEN:
  1. Kad Pengenalan (Asal & Salinan)
  2. Sijil SPM (Asal & Salinan)
  3. Salinan Sijil Kematian Ibu/bapa (bagi yg ibubapa meninggal dunia)
  4. Sijil Berhenti Sekolah (Asal & Salinan)
  5. Salinan Sijil Nikah & Sijil Kelahiran anak (berkahwin sahaja)
  6. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/waris terdekat
  7. Sijil Diploma dan Transkrip (Asal & Salinan)
  8. Sekeping Gambar Berukuran Passport
  9. Sampul Surat Pos Ekspress (Calon Sabah/Sarawak)

PAKAIAN SEMASA HADIR KE PUSAT PEMILIHAN AWAL ADALAH:
  1. Baju Kemeja Putih lengan panjang.
  2. Seluar panjang gelap & berkasut.

MAKLUMAT LANJUT
Sila Layari web rasmi: army.mod.gov.my

Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
(Tel: 03-2071 6030/3926/4254)

Khamis, 8 Ogos 2019

Cara Download Movie Avengers EndGame 2019


Cara Download Movie Avengers EndGame 2019
Baru-baru ini, relese sebuah link movie Avengers End Game 2019 yang mana pada link tersebut berisikan file filem Avengers yang berkualitikan Blue-Ray. Wow!!!


Ukuran file tersebut sebesar 3.32 GB, manakala untuk versi standard pula ialah sebesar 1.8 GB sahaja. Tetapi sayang, file tersebut sudahpun diselitkan subtitle indonesia. Jadi, tak perlu lagi kita untuk bersusah-payah mencari file subtitle nya.

Cara Download Movie Avengers End Game 2019:


Saya sudahpun sediakan link server untuk file movie ini. Jadi, jika anda berminat untuk menonton filem avengers END GAME 2019 secara Full HD ini. Jangan malu dan jangan segan untuk hit button download "MIRROR" dibawah ini..

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda disana... Dan, jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan selamat menonton!

Isnin, 5 Ogos 2019

Teknik Belajar Forex Yang Benar & Berkesan


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Hari ini, saya nak kongsikan serba sedikit tentang teknik-teknik forex yang berkesan.

Ramai mereka yang merahi profit dengan bantuan teknik ini. Oleh itu, disini akan saya cuba kongsikan kepada anda mengenai teknik ini hasil daripada tunjuk ajar Tuan Nordin Abdullah (IB Insta Forex Sabah).

Teknik Forex Yang Berkesan:

  1. Pertama, buka MT4 atau MT5 anda.
  2. Lepas tu, tambahkan indicator Moving Average sebanyak 3 jenis dan ikut setting dibawah ini.

Teknik Belajar Forex Yang Benar & Berkesan

Cara Penggunaan Teknik Moving Average 3 sahabat:

Opss, sebelum terlupa. Teknik ini dipanggil sebagai moving Average 3 sahabat. Jadi, untuk tatacara penggunaan teknik ini ialah amat lah mudah.

Jika ketiga-tiga garisan ini bersilang, maka perubahan candlestick pattern akan dapat kita lihat nanti. Contohnya seperti dalam gambar rajah dibawah ini:

Teknik Belajar Forex Yang Benar & Berkesan

Cara membezakan antara candlestick pattern menurun ataupun menaik adalah melihat kedudukan garisan biru. Jika garisan biru bersilang dan berada di atas, maka candlestick akan turun. Manakala jika garisan biru bersilang dan berada di bawah, maka candlestick akan naik.

Teknik ini tidak 100% valid. Saya tidak cadangkan untuk anda entry jika berlaku sebarang persilangan antara ketiga-tiga garisan ini kerana tidak semua garisan bersilang ini tepat. 

Untuk lebih tepat dan 100% valid teknik ini adalah berlaku persilangan di antara satu titik yang sama. Contohnya seperti dalam gambar dibawah ini:

Teknik Belajar Forex Yang Benar & Berkesan

Jika anda jumpa persilangan seperti dalam gambar diatas ini. Jangan ragu dan jangan segan untuk Entry SELL .

Begitulah teknik mudah daripada perkongsian saya. Jika anda mempunyai sebarang pencerahan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk terbitkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!

Jumaat, 12 Julai 2019

Pelakon Hellboy Ditukarkan (2019)


Siapa tidak kenal dengan Ron Perlman, iaitu seorang yang memegang watak utama sebagai superhero Hellboy pada siri terdahulu. Namun, oleh kerana masalah umur Ron Perlman yang semakin berusia, team production movie hellboy kini menukarkan kepada yang baharu.

Pelakon Hellboy Ditukarkan (2019)

Pelakon Hellboy 2019 Ditukarkan:

Admin pun tidak tahu bila watak asal pelakon hellboy ini ditukarkan tetapi yang pastinya, Hellboy siri 2019 kini adalah wakat yang baharu iaitu David Harbour. Beliau merupakan anak kelahiran New York U.S, lahir pada 1975, belajar di Dartmouth College dan kini bekerja sebagai pelakon.


Untuk mengetahui perihal beliau dengan lebih terperinci lagi. Anda boleh semak di halaman rasmi Wiki en.wikipedia.org/wiki/David_Harbour.

Beli dan tonton movie hellboy 2019 secara full Hd di halaman rasmi amazon sekarang dengan cara klik "buy from official" dibawah sini... Atau jika tidak mampu, boleh klik di halaman mirror kita.


Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Terima kasih!