Selasa, 9 Julai 2019

Cara Membaiki Play Stor Error Meizu M3s


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca, pasti anda yang membaca mempunyai masalah pada smart phone anda. Jadi pada hari ini min nak kongsikan bagaimana cara untuk membaiki masalah play stor tidak dapat diakses pada Meizu M3s.

Cara Membaiki Play Stor Error Meizu M3s

Di sini min akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk membaiki masalah play stor error.

Dulu min pun mempunyai masalah yang sama pada smart phone min. selepas sahaja min update system Flyme secara tiba-tiba google play store pada smart phone min error atau tidak dapat diakses jadi mari kita mulakan. Sebelum anda mulakan min sarankan anda supaya beli data internet kerana langkah-langkah yang seterusnya memerlukan data internet yang cukup untuk menyelasaikan nya.
langkahnya sangat muda.

1. Masuk ke setting ➞ Tentang telefon ➞ lihat di nombor pembinaan: Flyme 6.3.1.0G. Sekiranya nombor pembinaan pada smart phone anda sama seperti ini Flyme 6.3.1.0G maka anda perlu update sistem smart phone anda.

Cara Membaiki Play Stor Error Meizu M3s

2. Seterusnya, kembali ke tatapan ➞ masuk ke kemas kini sistem ➞ tekan butang biru yang berada d bawah. Selepas itu, tunggu sahaja dan sistem anda akan berada dalam versi yang terkini.

Cara Membaiki Play Stor Error Meizu M3s

Selepas anda telah siap mengemas kini sistem anda insyaallah google play stor anda akan bekerja dengan baik tanpa sebarang error.

Rasanya, setakat disini sahaja perkongsian pada kali ini, kalau ada salah maafkan min yeee dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan yang anda ingin kemukakan. Sila tinggalkan komen anda di bawah sini. Terima kasih.

3 Aplikasi Game Yang Pernah Menjadi Bualan Ramai


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pasti anda yang membaca sekarang ini ialah gamers kan? Haaa... Jadi, hari ini min nak kongsikan beberapa permainan video yang pernah menjadi bualan ramai sebelum ini selepas munculnya game-game yang baharu. 

POKEMON GO

3 Aplikasi Game Yang Pernah Menjadi Bualan Ramai

  Pokemon Go! Pasti anda pernah dengar atau pernah memainkan game ini. Game yang pernah melonjak naik ini dilepasklan pada pertengahan tahun 2016 lalu tapi malangnya kebanyakan pemain game ini merasa bosan ketika bermain permainan ini. Pada awalnya game ini dapat menarik sebanyak 50 juta orang akan tetapi pada akhirnya pengguna aktif game Pokemon Go sekarang ini kurang daripada 5 juta orang sahaja lagi. Jadi anda rasa apa penyebab penurunan game Pokemon Go ini?

CLASH OF CLAN

3 Aplikasi Game Yang Pernah Menjadi Bualan Ramai

  Game yang seterusnya ialah Clash of clan. Dulunya game COC ini pernah menjadi game yang paling disukai  dan hampir setiap pengguna smart phone memiliki game ini. Tetapi pada akhirnya game ini perlahan-lahan menurun kerana kemunculan game baru dan coc harus rela dengan kehilangan pengemarnya. Jadi apa yang anda rasakan kenapakah game coc ini dilupakan sila tinggalkan komen anda di bawah.

CLASH ROYALE

3 Aplikasi Game Yang Pernah Menjadi Bualan Ramai

  Game yang terakhir ialah Clash Royale. Selepas Clash of Clan, Clash Royale dibina untuk mengejar kejayaan yang pernah coc alami tetapi Clash Royale juga seperti game yang pertama iaitu Pokemon Go. Clash Royale hanya berjaya menarik peminatnya pada awalnya sahaja dan pada akhirnya pemain merasakan permainan ini tidak mencabar bagi mereka dan beralih kepada game yang lain.

Terdapat banyak lagi sebenarnya permainan video yang pernah menjadi popular pada tahun-tahun sebelumnya. Namun, tiga jenis game ini adalah antara yang menjadi perubahan sangat besar ke atas pengguna di seluruh negara.

Menurut kamu, apa pendapat anda?