Rabu, 4 September 2019

Tempat Pelancongan Menarik Di Daerah Tambunan


Tempat Pelancongan Menarik Di Daerah Tambunan
Daerah Tambunan terletak di tengah-tengah antara Kota kinabalu, Ranau dan Keningau. Jarak dari bandar Kota Kinabalu (KK) ke Tambunan adalah lebih kurang 70/80 Km.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke daerah Tambunan memang agak mencabar kerana kawasan yang berbukit-bukau. Malahan, ia akan menjadi salah satu pengalaman kerana pemandangan alam flora yang cukup indah, kehijauan dan segar.

Tambunan juga diberi gelaran “The Switzerland of the East” kerana pengalaman yang anda akan alami di Tambunan nanti adalah seakan-akan berada di negara tersebut.

Sebelum anda merancang bercuti atau melancong ke daerah Tambunan bersama keluarga ataupun sebagainya. Pastikan anda berada di senarai tempat-tempat pelancongan yang menarik di Tambunan disini.

Tugu Pahlawan Daerah Tambunan:

Tuguh ini dikenali sebagai Tugu pahlawan terdahulu. Ia sebagai peringatan kepada semua warga Tambunan mengenai sejarah penubuhan daerah Tambunan terdahulu.

Tugu Daerah Tambunan

Tuguh ini terletak di pekan Tambunan, ia berhampiran dengan Tamu besar Tambunan atau lebih dikenali sebagai Sorompon.


Sinurambi Tambunan (Tambunan Viewing Point):

Kalau tidak silap saya, tempat ini dinaik taraf pada tahun 2015 dan kini menjadi salah satu titik pemandangan yang menarik di Daerah tambunan.

Tambunan Sinurambi

Ia berada pada atas bukit Daerah Tambunan. Jika kita berada di bawah pekan Tambunan. Memang akan terlihat jelas dari atas. Jarak antara tempat ini ke pekan Tambunan adalah lebih kurang 7/8 Km.


Gunung Wakid Tambunan:

Jika anda seorang yang suka mendaki. Daerah Tambunan pun mempunyai tempat yang sesuai untuk anda hiking.

Gunung Wakid Tambunan

Ia tidaklah setinggi macam Gunung Kinabalu. Perjalanan kaki boleh sampai lebih kurang beberapa jam sahaja untuk sampai ke puncak.


Air Terjun Mahua:

Mahua Tambunan

Air terjun mahua ini terletak di simpang Jalan Sk. Patau dan 14km dari pekan Tambunan. Ketinggian air terjun ini adalah lebih kurang 17 meter dan ke dalamannya lebih kurang 1.3 meter.

Tempat ini sangat sesuai untuk berkelah, malah kemudahan berkelah juga disediakan seperti tempat BBQ, tandas, dan pondok.

Selasa, 28 Mei 2019

Dimana Tempat Pos ABX Express Di Tambunan


Dimana tempat untuk saya mencari atau mengambil barang kiriman melalui pos ABX Express di Daerah Tambunan Sabah, lokasi pengiriman penghantaran atau mendapatkan barang untuk bangunan ABX EXPRESS di Tambunan.

Dimana Tempat Pos ABX Express Di Tambunan

Sejak beberapa hari yang lalu, saya terima barang melalui Pos J&T Express. Ini hari pula, saya mendapat kiriman barang lagi melalui pos ABX Express. Bila saya cek di google maps, bangunan ABX Express di Tambunan memang ada tetapi tidak beberapa nampak lah.

Belum pun saya tanya orang-orang di sekeliling pekan Tambunan, ada sudah signboard kecil bangunan ABX Express Tambunan saya nampak berhampiran dengan kedai Telefon KL Hardware atau di barisan kedai Poking Long tu.

Dimana Tempat Pos ABX Express Di Tambunan

Tempat dia sangat kecil lah. Kita boleh nampak juga tu nanti sebab ada banner kecil yang ditandai logo ABX Express disana.

Dimana Tempat Pos ABX Express Di Tambunan

Itu ja lah perkongsian saya untuk hari ini, semoga perkongsian ini dapat membantu anda disana. Jika ada penambahan atau perubahan nanti, akan saya kemas kini disini kelak.

Sekian dan terima kasih.

Dimana Tempat J&T Express Di Tambunan


Dimana lokasi bangunan tempat pengambilan barang untuk pos J&T Express Di Tambunan 89650 city link express sabah, Penghantaran atau pengiriman barang menggunakan pos J&T Express di Tambunan.

Bungkusan J&T Express sudah sampai

Saya sendiri pernah mencari tempat ini di Google maps dan juga sumber-sumber dari Internet mengenai "di mana letaknya bangunan J&T Express di Tambunan" namun tidak dijumpai, ada pun tidak beberapa detail. Biasa lah baru pertama kali mendapat kiriman barang melalui pos J&T Express ini.

Bila ditanya-tanya orang sekeliling di pekan Tambunan, akhirnya bangunan tersebut ada dibawah atas bangunan Pejabat JPJ Tambunan yang berhampiran dengan Pusat rawatan dan bekalan air bersih.

Pejabat Pengangkutan Jalan Tambunan

Tempat dia sangat kecil. Kita boleh nampak juga tu nanti sebab ada banner kecil logo City Link Express disana.

J&T Office Tambunan

Itu ja lah perkongsian saya untuk hari ini, semoga perkongsian ini dapat membantu anda disana. Jika ada sebarang penambahan ataupun sebagainya, akan admin kemas kini disini kelak. Sekian dan terima kasih.

Khamis, 23 Mei 2019

Orang Sabah Banyak Yang Gila Tetapi Bila Duduk Lama Disini...


Semasa admin masih di bangku sekolah, terdapat guru dari semenanjung yang berkongsi pengalaman mereka apabila kali pertama datang ke sini Sabah. Guru tersebut menyangkakan orang Sabah ramai yang mendapat penyakit gila kerana kebanyakan mereka yang melihat guru tersebut akan memberikan senyuman walaupun mereka tidak mengenalinya.

Sumandak senyuman bahagia

Setelah lama menetap di Sabah, barulah guru tersebut sedar akan budaya orang Sabah yang sebenarnya bukan gila tetapi kaya dengan sikap mesra dengan sesiapa sahaja walaupun tidak dikenali.

Justuru, mereka jadikan budaya hormat menghormati antara kaum ini menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka walaupun berlainan bangsa dan agama.

Sumber dipetik dari ifinetqlvu.com pengalaman seorang guru dari jiran sebelah.

Ahad, 24 Februari 2019

Senarai Sabahan Youtuber (Update List)


Senarai sabahan youtuber, daftar list orang-orang sabah youtube dalam senarai besar. Subscribe like and support sabahan people sabahan Youtuber vlog terbaru.

Orang Sabah You tube

Baca Juga: Senarai Kan Diri Anda Di sini Sabahan Blogger

Hai, salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat Sabahan Youtuber ku sekalian, hari ini Admin ingin membuat sebuah artikel mengenai senarai sabahan youtube dalam list yang besar kerana Admin masih belum lihat di mana bakat-bakat terpendam orang-orang sabahan dalam bidang youtuber ini hehe.

Senarai Sabahan Youtuber:

Jika anda adalah antara salah satu dari Sabahan Youtuber, sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah ini dan Admin akan kemaskini disini secara rasminya melekat channel youtube nama kamu dalam senarai dibawah ini.
Nama Author Channe Youtube Daerah
Ahmad Godion Gdon Video Tambunan
Eric Jumain Eric Jumain -
Clare Herman Clare Herman Tenom
Alixson alixson 361 Tambunan
Maxwell Cray Maxwell -
- Ocel's Cream Ranau
Lenzely Lenzely Salimin -
- berudu & Landoi -
- Chuthe Best -
Adam Shamil AdamShamil -
- Idieyidot -
- MrClyrie -
- IRVIN J -
- Aidyl Hr -
- Tekgila -
- Elvin Romeo -
- Kupi Kupi GO -
- AdamTambakau -
- Eric Juman -
Shafie Shafie Pie Keningau
- add -

Kalau kamu ada persoalan ka, pertanyaan, penambahan, minta senarai dan hal-hal lain. Jangan malu, kasi sumbat saja ulasan kamu di ruangan komen yang sudah Admin sediakan dibawah sini arr. Dengan adanya senarai yang besar ini, bolehlah kita mencari, membantu dan saling support di antara satu sama lain. Sekian dan ponsikou oinsanan ngawi!