Ahad, 8 September 2019

Senarai Ping Blog Terbaik 2019

Senarai Ping Blog Terbaik 2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Hari ini, saya mahu kongsikan kepada anda tentang senarai perkhidmatan ping blog terbaik 2019 yang dikatakan masih berfungsi, bekerja dan berguna untuk bloggers.

Kenapa saya kongsikan "senarai ping blog 2019" ini? sebab kebanyakan laman web ping sebelumnya telahpun hilang dari pandangan 2019. Contohnya seperti Ping Busuk, Ping Bomb, pinglah, guablog dan banyak lagi. Oleh sebab itu, izinkan saya untuk kongsikan kepada anda yang baharu. Semoga perkongsian ini berguna untuk kita semua.

Senarai Ping Blog Terbaik 2019:

Ini dia senarai laman web Ping Blog yang masih berfungsi terbaru 2019:

Terdapat banyak lagi ping blog sebenarnya tetapi ini sahaja senarai rutin yang admin buat untuk ping site daftarturiol.com ini. Semoga perkongsian ini berguna untuk kita semua dan,,,, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, pencerahan dan sebagainya. Jangan malu n jangan segan untuk tinggalkan komen anda dibawah sini. Terima kasih!

Khamis, 5 September 2019

Cara Meletakkan Iklan Gambar Banner Di Blogger

Cara Meletakkan Iklan Gambar Banner Di Blogger
Baru-baru ini, saya telah siap membuat satu banner gambar dan sudahpun terpasang di blog daftarturiol.com sini. Pada masa tu juga, saya teringat! Sambil-sambil memasang iklan banner di blogger ini. Alangkah baiknya kalau saya kongsikan kepada anda tentang cara pemasangannya.

Cara Pasang / Meletakkan Gambar Di Blogger:

1.  Pertama, buat Catatan baruMasukkan gambar dengan cara klik icon tersebut dan upload gambar banner anda.

Cara Meletakkan Iklan Gambar Banner Di Blogger

2.  Selepas itu, pilih X-Besar supaya menjadi ukuran responsive. Jika anda ingin membuat gambar ini boleh diklik dan menuju ke url lain, klik gambar tersebut dan letakkan pautan.

Cara Meletakkan Iklan Gambar Banner Di Blogger

3.  Jika sudah selesai, copy code tersebut dengan cara pergi ke HTML dan salin koding berikut.

Cara Meletakkan Iklan Gambar Banner Di Blogger

4.  Seterusnya, pergi ke reka letak → Tambah alat → Pilih Html/JavaScript.

Cara Meletakkan Iklan Gambar Banner Di Blogger

5.  Paste code berikut dan klik simpan.

Cara Meletakkan Iklan Gambar Banner Di Blogger

Begitulah cara pasang banner iklan gambar di blogger dengan mudah, senang dan simple. Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!

Rabu, 4 September 2019

Tempat Pelancongan Menarik Di Daerah Tambunan

Tempat Pelancongan Menarik Di Daerah Tambunan
Daerah Tambunan terletak di tengah-tengah antara Kota kinabalu, Ranau dan Keningau. Jarak dari bandar Kota Kinabalu (KK) ke Tambunan adalah lebih kurang 70/80 Km.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke daerah Tambunan memang agak mencabar kerana kawasan yang berbukit-bukau. Malahan, ia akan menjadi salah satu pengalaman kerana pemandangan alam flora yang cukup indah, kehijauan dan segar.

Tambunan juga diberi gelaran “The Switzerland of the East” kerana pengalaman yang anda akan alami di Tambunan nanti adalah seakan-akan berada di negara tersebut.

Sebelum anda merancang bercuti atau melancong ke daerah Tambunan bersama keluarga ataupun sebagainya. Pastikan anda berada di senarai tempat-tempat pelancongan yang menarik di Tambunan disini.

Tugu Pahlawan Daerah Tambunan:

Tuguh ini dikenali sebagai Tugu pahlawan terdahulu. Ia sebagai peringatan kepada semua warga Tambunan mengenai sejarah penubuhan daerah Tambunan terdahulu.

Tugu Daerah Tambunan

Tuguh ini terletak di pekan Tambunan, ia berhampiran dengan Tamu besar Tambunan atau lebih dikenali sebagai Sorompon.


Sinurambi Tambunan (Tambunan Viewing Point):

Kalau tidak silap saya, tempat ini dinaik taraf pada tahun 2015 dan kini menjadi salah satu titik pemandangan yang menarik di Daerah tambunan.

Tambunan Sinurambi

Ia berada pada atas bukit Daerah Tambunan. Jika kita berada di bawah pekan Tambunan. Memang akan terlihat jelas dari atas. Jarak antara tempat ini ke pekan Tambunan adalah lebih kurang 7/8 Km.


Gunung Wakid Tambunan:

Jika anda seorang yang suka mendaki. Daerah Tambunan pun mempunyai tempat yang sesuai untuk anda hiking.

Gunung Wakid Tambunan

Ia tidaklah setinggi macam Gunung Kinabalu. Perjalanan kaki boleh sampai lebih kurang beberapa jam sahaja untuk sampai ke puncak.


Air Terjun Mahua:

Mahua Tambunan

Air terjun mahua ini terletak di simpang Jalan Sk. Patau dan 14km dari pekan Tambunan. Ketinggian air terjun ini adalah lebih kurang 17 meter dan ke dalamannya lebih kurang 1.3 meter.

Tempat ini sangat sesuai untuk berkelah, malah kemudahan berkelah juga disediakan seperti tempat BBQ, tandas, dan pondok.

Sabtu, 31 Ogos 2019

Cara Download PUBG Khas Untuk PC Windows

Cara Download PUBG Khas Untuk PC Windows
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua readers yang saya kasihi sekalian. Hari ini, saya nak kongsikan "Bagaimana Cara Download Official PUBG steam" khas untuk PC Windows atau MAC. 

Dalam permainan video PUBG ini, ia mempunyai 3 jenis iaitu Mobile, Emulator dan Steam. Mobile dan Emulator ini biasa kita lihat seperti dalam smartphone kita. Manakala versi Steam ini pula adalah khas untuk PC sahaja. Anda boleh lihat contoh gameplay PUBG versi steam dibawah ini:


Cara Download PUBG Khas Untuk PC Windows:

1.  Download & Install Steam. Boleh dapatkan di Official website sini steampowerd.com.

2.  Setelah itu, buka steam dan create new account bagi mereka yang belum mempunyai akaun steam.

3.  Selepas itu, pergi ke Store ➞ cari PUBG.
Cara Download PUBG Khas Untuk PC Windows

4.  Seterusnya, klik view page.
Cara Download PUBG Khas Untuk PC Windows

5.  Dan klik Add To Cart. Harga setakat ini masih dalam RM79.99 atau 19$.
Cara Download PUBG Khas Untuk PC Windows

Selepas sahaja anda beli. Proses download akan berlaku. So, kena banyakan kuota Internet lah sebab agak berat juga file PUBG ne.

Opps, sebelum terlupa. PUBG steam ini adaah berbayar ya. Adapun versi percuma tetapi bukan official.

Sekian untuk perkongsian pada hari ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda disana. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan malu dan jangan segan untuk komen dibawah sini. Terima kasih!

Khamis, 29 Ogos 2019

Undang-Undang Baru Adsense Update September 2019

Undang-Undang Baru Adsense Update September 2019
Baru-baru ini, Admin telah mendapatkan sebuah email daripada Google AdSense yang berkaitan tentang Policy Update atau lebih dikenali sebagai kemas kini dasar undang-undang baru Google AdSense september 2019.

Menurut email tersebut, dasar baru google adsense ini insyallah akan dikuatkuasa pada September 2019. Jadi, kepada mereka yang sudah diterima google AdSense atau yang masih dalam permohonan, sila ambil perhatian kerana ini sangat penting!

Dasar Baru AdSense Update September 2019:

Secara keseluruhan nya, dasar baharu google AdSense update september 2019 ini adalah berkaitan tentang penyederhanaan atau dalam bahasa pasarnya ialah (pelongaran undang-undang) kepada penerbit iklan serta beberapa perubahan baharu.

Dalam email tersebut, penyederhanaan yang akan dibuat adalah... tidak diberitahu sama sekali. Ia adalah rahsia daripada pihak Google AdSense.

Manakala dasar baharu yang dikemas kini adalah. Google Adsense tidak akan membayar / tidak dipasangkan iklan kepada mereka yang mengandungi jenis kandungan seperti berikut:
  • Kandungan Penyalahgunaan Ilegal
  • Kandungan Dewasa Seksual & Pedofilia
  • Kandungan Seksual Eksplisit
  • Tema Dewasa dalam Kandungan Keluarga
  • Penyalahgunaan Harta Intelek
  • Spesies Terancam atau Terancam
  • Kandungan Berbahaya atau Derogatory
  • Mengaktifkan Perilaku Tidak Percaya
  • Kandungan Misrepresentatif
  • Perisian Berfikir atau Tidak Diinginkan
  • Pengantin Pesanan Mail

Jika didapati jenis kandungan seperti yang berikut, maka Google Adsense akan sekat akaun kita:
  • Kandungan Seksual
  • Kandungan Mengejutkan
  • Bahan Letupan
  • Senjata
  • Barangan Gun & Produk Berkaitan
  • Senjata Lain
  • Tembakau
  • Ubat Rekreasi
  • Penjualan Alkohol dan Penyalahgunaan
  • Perjudian Online
  • Ubat Preskripsi
  • Farmaseutikal
Untuk lebih terperinci, anda boleh semak email daripada google AdSense yang telah saya salin dan translet ke bahasa melayu dibawah sini. Semoga info penting ini berguna untuk kita semua.




Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan dengan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!

Isnin, 26 Ogos 2019

Senarai Cheat Game Saints Row IV Untuk PC

Kepada mereka yang penggemar-penggemar game Saints Row 4 - Game of the Century Edition. Ini dia list cheat code game Saints Row IV untuk PC. Jika anda belum tahu cara guna cheat code tersebut. Anda boleh semak di halaman ini untuk cara guna cheat code game Saints Row IV Untuk PC.


Senarai Cheat Game Saints Row IV Untuk PC:
Result Code Codes
All Unlockables unlockitall
Player Ability Codes
Give Cash $100000 cheese
Vehicle No Damage vroom
Repair current vehicle repaircar
Clear Notoriety goodygoody
Infinite Sprint runfast
Disable Warden Spawns nowardens
Instant Warden Notoriety instantwarden
Unlock Blast superblast
Unlock Buff superbuff
Unlock Death From Above superdfa
Unlock Stomp superstomp
Unlock Telekinesis Supertk
Disable Super Movement nosupermove
Disable Super Powers nosuperpowers
Vehicles Codes
Spawn alien hover tank givehovertank
Spawn XOR (alien hoverbike) givetrouble
World Codes
ASCII mode ascii
Big Head mode bigheadmode
Disable Glitch FX noglitchcity
Evil Cars evilcars
Fast Forward (time speeds up) fastforward
Heaven Bound (corpses rise into the air) fryhole
Insane City insanecity
Mascots (mascot pedestrians) mascot
Pimps and Hos (pimps and prostitutes pedestrians) hohoho
Vehicle Smash (smash vehicles easily) isquishyou

Demikianlah list Cheat Codes Game Saints Row IV Untuk PC. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!

Bagaimana Cara Cheat Game Saints Row IV

Bagaimana Cara Cheat Game Saints Row IV
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalin. Hari ini, saya cuba nak kongsikan kepada mereka yang ingin mencari atau mengetahui "bagaimana cara cheat games Saints Row 4 - Game of the Century Edition" untuk PC.

Bagaimana Cara Cheat Game Saints Row IV?

1.  Semasa dalam permainan games Saints Row 4. Klik TAB
2.  Selepas itu, pergi ke EXTRAS ➞ Cheats.

Bagaimana Cara Cheat Game Saints Row IV

3.  Seterusnya, Pilih Add Cheat - Masukkan Cheats ➞ Enter. Anda boleh semak dihalaman ini .Cheat-List untuk melihat senarai cheat game Saints Row IV untuk PC.

Bagaimana Cara Cheat Game Saints Row IV

4.  Jika cheat berhasil. Paparan akan keluar seperti dalam gambar rajah dibawah ini.

Bagaimana Cara Cheat Game Saints Row IV

Demikianlah perkongsian untuk cara cheat PC Games Saints Row IV - Game of the Century Edition. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!

Hotlink Bagi Internet 62GB Bulan Kemerdekaan

GIGA SALE MAXIS HOTLINK
Info menarik Hotlink bagi internet puas hati di bulan kemerdekaan yang tidak lama lagi di Malaysia iaitu pada 31 Ogos 2019. 

Sempena di bulan kemerdekaan ini, hotlink bagi kuota internet maxis sebanyak 62GB dengan plan yang berlainan serendah RM3.50 untuk 3 hari. Bahkan RM12.50 untuk seminggu. Promosi ini dinamakan sebagai GIGA SALE!

Plan ini berbeza-beza di setiap nombor. Jadi, di nombor maxis admin. Ia mempunyai:
  • RM3.50 (62GB + 2GB 3 hari)
  • RM8.00 (62GB + 6.5GB 3 hari)
  • RM8.00 (62GB + 3GB 5 hari)
  • RM15.00 (62GB + 4.8GB 7 hari)

Anda pula bagaimana? adakah sama dengan plan seperti yang admin punya? Mari sama-sama kita raikan bulan kemerdekaan dengan kuota internet Maxis GIGA SALE 2019!

Begini Cara Ping Blog Di Pingomotic

Begini Cara Ping Blog Di Pingomotic
Halo, assalamualaikum dan salam sedunia semua. Hari ini, admin cuba nak kongsikan kepada anda tentang bagaimana cara yang tepat untuk kita ping blog di website ping-o-motic!.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa, melakukan ping adalah tidak pun harus tetapi. Amat berguna untuk blog kita ke Grow UP. Jadi, kepada anda yang mungkin tertanya-tanya, kenapa perlunya ping blog? boleh semak di laman web ini:


Begini Cara Ping Blog Di Pingomotic:

1.  Masuk laman web Ping-O-Motic!
2.  Selepas itu, masukkan:

Begini Cara Ping Blog Di Pingomotic
  • Blog Name: Tajuk Blog Anda
  • Blog Home Page: URL Blog Anda
  • RSS URL (optional): Salin Kode dibawah ini dan tukarkan url www.daftarturiol.com kepada url blog anda.
https://www.daftarturiol.com/feeds/posts/default?alt=rss

3.  Klik Check ALL pada Common Services → Klik Send Pings.

Begini Cara Ping Blog Di Pingomotic

Ping blog akan berjaya seperti dalam gambar rajah diatas ini. Lakukan rutin untuk melakukan ping blog sesudah anda update artikel blog anda nanti. 

Demikian untuk Cara Ping Blog Di Pingomotic. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!

Ahad, 25 Ogos 2019

Tutorial Cara Daftar Akaun XM (Real Account)

Tutorial Cara Daftar Akaun XM (Real Account)
Tutorial bagaimana cara nak daftar / buat akaun broker XM secara real account. Ramai yang stuck di sini, terutamanya bagi mereka yang bergelar sebagai ahli baru.

Oleh itu, admin akan cuba share kepada mereka yang memerlukan rujukan ini untuk cara daftar akaun sebenar broker XM dengan lengkap secara bertulis dan bergambar di sini Daftar Turiol.

Cara Daftar Akaun Real Broker XM:

Pertama, pergi ke website register Account XM www.xm.com.

Sila lengkapkan butiran-butiran yang diperlukan seperti nama penuh, nama keluarga, negara asal, bahasa, nombor telefon dan email anda.


Untuk bahagian Trading Account Details. Trading Platform Type pilih MT4 (Forex, CDFDs on ..) . Manakala Account Type pula adalah pilih standard.

Jika sudah selesai, klik button Proceed To Step 2.

Selepas itu, lengkapkan lagi butiran-butiran yang diperlukan seperti alamat dan poskod. Manakala, untuk bahagian *Are You a US citizen for tax purposes? pula. Pilih No... kenapa? sebab kita bukan orang US.


Seterusnya, bahagian Trading Account Details dan Investor Information. Berikut anda boleh ikut sahaja setting dibawah sini. Atau terpulang dari anda sendiri.


Terakhir sekali adalah Account password. Buat password seperti berikut:
  • Turiol-2019
  • TURIol_19
  • Turiol@109

Mesti mempunyai huruf besar, huruf kecil, simbol, bernombor dan tidak kurang dari 8 perkataan.

Selepas anda klik button Open A Real Account, pengesahan akan dihantar ke email anda. Sila semak email anda dan buka email daripada XM.


Klik button Confirm Email Address dan halaman akan terbuka seperti dalam gambar rajah dibawah ini:


Opsss. Sila semak email anda semula dan anda akan mendapat email daripada XM seperti ini:


Simpan email tersebut sebagai rujukan anda nanti. Gunakan ID yang diberi untuk login.

Baca Juga:
  • Tutorial Cara Login Broker XM Forex
  • Cara Dapat Bonus 30$ XM

Demikian untuk Tutorial Cara Daftar Akaun sebenar broker XM. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih.

Rabu, 21 Ogos 2019

Tutorial Cara Buat Match Content Adsense

Tutorial Cara Buat Match Content Adsense
Bercakap mengenai iklan Matched Content google AdSense. Match content AdSense adalah iklan yang berupa seperti Related Posts. Namun, yang istimewa nya adalah... AdSense matched content ini menggunakan blog post kita sebagai iklan. Jadi, ini merupakan salah satu peluang yang besar lah untuk kita mendapatkan jumlah klik daripada trafik.

Bagaimana Cara Buat Match Content Google AdSense?

Bagi mereka yang sudah mempunyai account AdSense. Tentunya, iklan match content ini tidak tersedia. Kenapa? sebab kemungkinan besar account AdSense anda masih belum layak untuk menggunakan iklan Matched content ini. 

Jangan risau kerana iklan matched content ini akan datang sendiri selepas anda dianggap layak oleh google AdSense. Anda boleh semak di halaman AdsAd Units → Matched Content nanti. 

Tutorial Cara Buat Match Content Adsense

Dari segi pengalaman saya sebagai publisher Google AdSense. Saya dapat iklan Matched Content ini selepas 2 bulan waktu penggunaan Google AdSense. Tiada notifiction email yang diberi, tetapi ia datang sendiri melalui semakan saya ke Ads → Ad Units.

Sekian perkongsian untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan & sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk komen dibawah sini. Terima kasih!

Isnin, 19 Ogos 2019

Iklan Tentera Darat Malaysia Terbaru September 2019

Iklan Tentera Darat Malaysia Terbaru September 2019
Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang admin kasihi sekalian. Hari ini, admin mahu kongsikan sedikit perkongsian mengenai iklan jawatan kosong khusus kepada seluruh Malaysia dalam temuduga Tentera Darat Malaysia (TDM) terbaru 2019.

Iklan ini disiarkan kelmarin iaitu 18 Ogos 2019 dan kini admin pula yang bantu untuk kongsikan kepada anda tentang peluang kerjaya pengambilan september 2019 ini. Bagi mereka yang memerlukan atau minat dalam kerjaya ini. Boleh semak keterangan dibawah sini untuk lebih lanjut.

Pengambilan Tentera Darat Malaysia September 2019:

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI: 191 TAHUN 2019

KELAYAKAN AKADEMIK:
Memiliki Sijil SPM dan Setaraf. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
  1. B - Melayu
  2. B - Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik

UMUR:
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada 23 November 2019.

KELAYAKAN FIZIKAL (LELAKI):
  • Tinggi (minima) - 1.62m
  • Berat (minima) - 47.5kg
  • Body Mass Index (B/T/T) - 18.0 - 26.0

KELAYAKAN TAMBAHAN:
  • Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang teknologi maklumat.
  • Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI PROSES PEMILIHAN AKHIR

UJIAN PEMILIHAN AKHIR PEMERIKSAAN KESIHATAN:

Ujian Kecergasan:
1. Larian 2.4km - 14minit
2. Tekan Tubi - 40kali
3. Bangkit Tubi - 40kali

Ujian Bertulis:
1. Ujian Kecerdasan Akal
2. Ujian Psikologi

GAJI
SKIM KEMASUKAN:
  • Perajurit Muda - RM1,459.00 (gaji permulaan)
  • SPM/SVM - RM1,564.00 (gaji permulaan)
  • SKM TAHAP 2 - RM1,630.01 (gaji permulaan)
  • SKM TAHAP 3 - RM1,696.02 (gaji permulaan)
  • DIPLOMA PERUBATAN - RM1,894.05 (gaji permulaan)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN - RM2,026.07 (gaji permulaan)

ELAUN DAN KEMUDAHAN
  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elaun Imbuhan Perumahan
  6. Elaun Perjalanan
  7. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/komputer
  8. Rawatan Perubatan
  9. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
  10. Insuran Kelompok Koperasi Tentera
  11. Peluang Melanjutkan Pelajaran
  12. Kemudahan Kediaman

ADAKAH ANDA BERANI & BERMINAT
Sila hadirkan siri anda ke lokasi pemilihan awal bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.

PUSAT PEMILIHAN

ZON UTARA:

4 Sept 2019 - REJ 504 AW, KEM BUKIT KETERI, KANGAR, PERLIS

6 & 7 Sept 2019 - REJ 513 AW, KEM BUKIT PINANG, ALOR SETAR, KEDAH

9 Sept 2019 - BN KE-2 REJ 513 AW, KEM JALAN BUKIT, KULIM, KEDAH

11 Sept 2019 - BN 1 REJ 509 AW, KEM BATU UBAN, PULAU PINANG

13 Sept 2019 - REJ 503 AW, KEM JALAN TAMBUN, IPOH, PERAK


ZON TENGAH & SELATAN:

4 Sept 2019 - REJ 501 AW, KEM TEBRAU, JOHOR

6 Sept 2019 - MSS KLUANG, KEM MAHKOTA, KLUANG, JOHOR

8 & 9 Sept 2019 - MK 12 BGD, KEM WARDIEBURN, KUALA LUMPUR

11 Sept 2019 - REJ 514 AW, KEM BUKIT BERUANG, MELAKA

13 Sept 2019 - REJ 508 AW, KEM RASAH, SEREMBAN, NS


ZON TIMUR:

4 Sept 2019 - MSS TEMERLOH, KEM BT 3, TEMERLOH, PAHANG

6 Sept 2019 - BN 1, REJ 505 AW, KEM SRI KUANTAN, KUANTAN, PAHANG

8 Sept 2019 - 18 RAMD PARA, KEM SRI PANTAI, TERENGGANU

10 & 11 Sept 2019 - MSS DESA PAHLAWAN, KOTA BHARU, KELANTAN

13 Sept 2019 - 8 RAMD, KEM LIPIS, K.LIPIS, PAHANG


ZON SABAH:

7 & 8 Sept 2019 - MSS LOK KAWI, KOTA KINABALU, SABAH

10 Sept 2019 - 22 RAMD, KEM SRI KINABATANGAN, SANDAKAN, SABAH

12 Sept 2019 - BN 8 RS, KEM SAN SHUI, TAWAU, SABAH


ZON SARAWAK:

7 & 8 Sept 2019 - MK 3 BGD, KEM PENRISSEN, KUCHING, SARAWAK

10 Sept 2019 - 3 RRD, KEM OYA, SIBU, SARAWAK

12 Sept 2019 - 20 RAMD, KEM SRI MIRI, MIRI, SARAWAK


BAWA BERSAMA DOKUMEN:
  1. Kad Pengenalan (Asal & Salinan)
  2. Sijil SPM (Asal & Salinan)
  3. Salinan Sijil Kematian Ibu/bapa (bagi yg ibubapa meninggal dunia)
  4. Sijil Berhenti Sekolah (Asal & Salinan)
  5. Salinan Sijil Nikah & Sijil Kelahiran anak (berkahwin sahaja)
  6. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/waris terdekat
  7. Sijil Diploma dan Transkrip (Asal & Salinan)
  8. Sekeping Gambar Berukuran Passport
  9. Sampul Surat Pos Ekspress (Calon Sabah/Sarawak)

PAKAIAN SEMASA HADIR KE PUSAT PEMILIHAN AWAL ADALAH:
  1. Baju Kemeja Putih lengan panjang.
  2. Seluar panjang gelap & berkasut.

MAKLUMAT LANJUT
Sila Layari web rasmi: army.mod.gov.my

Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
(Tel: 03-2071 6030/3926/4254)

Ahad, 18 Ogos 2019

Tutorial Belajar Pakai Hero Fanny Mobile Legend

Tutorial Belajar Pakai Hero Fanny Mobile Legend
Bagaimana cara menggunakan hero mobile legends FANNY? ramai yang tidak lepas dengan hero ini kerana skill dan tatacara penggunaan hero yang memerlukan kecepatan.

Admin sendiri pun secara jujurnya tidak lepas dengan hero ini. Tetapi, setelah belajar dengan salah satu mentor. Akhirnya, boleh bermain guna HERO FANNY ini.

Bagaimana Cara Guna Hero Fanny?

Salah satu mentor yang bagi saya sangat detail untuk belajar guna hero fanny adalah Day Helder.


Dalam video tersebut, beliau akan ajarkan kita untuk cara guna fanny sampai GG. Jangan lupa untuk LIKE dan subscribe video beliau.

Sekian artikel pada kali ini, semoga perkongsian ini dapat membantu anda di sana. Terima kasih!